GABUNG JURNAL 2024

208 Setelah fasa kedua selesai, dapatan telah menghasilkan sebanyak 25 item melibatkan 3 domain. Jadual 6 menunjukkan domain dan jumlah item Saringan Kesejahteran Psikologi 3A iaitu terdiri daripada 3 domain Penerimaan ( Acceptance ) 11 item, kasih sayang ( Affection ) 9 Item dan pencapaian ( Achievement ) 5 item. Manakala jadual 7 menunjukkan item positif dan negatif mengikut domain. Terdapat 17 item positif dan 8 item negatif bagi saringan kesejahteraan psikologi 3 A. Jadual 6: Item Saringan Kesejahteraan Psikologi 3A Jadual 7 : Item Positif dan Negatif Mengikut Domain Kebolehpercayaan Saringan Kesejahteraan Psikologi 3A Penentuan kebolehpercayaan menggunakan kaedah KR-20 (Kuder- Richardson 20) menggunakan perisian Statistical Package for Social Science (SPSS) versi 26.0. Nilai Kuder Richardson 20 (KR-20) yang diperoleh ialah 0.950 ini menunjukkan Saringan Kesejahteraan Psikologi 3A memperoleh kebolehpercayaan yang tinggi serta mengukur domain yang dikehendaki. Selain itu, nilai yang diperolehi menunjukkan instrumen ini mempunyai item yang sangat baik. Jadual 8 menunjukkan nilai kebolehpercayaan mengikut Domain Jumlah Item Penerimaan ( Acceptance ) 11 Kasih Sayang ( Affection ) 9 Pencapaian ( Achievement ) 5 Jumlah Keseluruhan Item 25 Domain Positif Negatif Penerimaan ( Acceptance ) 1,2,3,4,5,6,10 7,8,9 Kasih Sayang ( Affection ) 11,12,14,17,18,19 13,15,16,20 Pencapaian ( Achievement ) 21,22,23,25 24 Jumlah keseluruhan item 17 8

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy