GABUNG JURNAL 2024

Jurnal Psikologi & Kaunseling PerkhidmatanAwam Malaysia 2024, Bil. 18, ISSN: 2229-810X Jadual 3: Jumlah Sampel Kajian Rintis Saringan Kesejahteraan Psikologi 3A Fasa 4: Kebolehpercayaan Instrumen Berdasarkan Dapatan Kajian Setelah fasa kajian rintis dilakukan, penentuan kebolehpercayaan menggunakan kaedah KR-20 (Kuder-Richardson 20) menggunakan perisian Statistical Package for Social Science (SPSS) versi 26.0. Kaedah ini sesuai digunakan memandangkan Saringan Kesejahteraan Psikologi 3A merupakan instrumen yang menggunakan dichotomous item responses . Jadual 4 menunjukkan nilai kebolehpercayaan Kuder Richardson 20 (KR-20). Nilai >0.9 merupakan nilai yang paling tinggi menunjukkan instrumen yang dibina sangat baik serta mengukur apa yang dikehendaki. Manakala 0.8-0.89 menunjukkan instrumen yang dibina baik serta mengukur apa yang dikehendaki, Nilai 0.70-0.79 pula menunjukkan item dan instrumen yang boleh diterima. Namun begitu, nilai 0.50 -0.56 menunjukkan item dan instrumen yang dibangunkan lemah manakala nilai <0.50 menunjukkan item dan instrumen tidak diterima dan tidak mengukur apa yang dikehendaki (Rubio, 2005). 205 Rumah Seri Kenangan Jumlah Sampel RSK Cheras, Selangor 25 RSK Seremban, Negeri Sembilan 25 Jumlah Sampel 50

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy