GABUNG JURNAL 2024

204 warga emas mudah untuk memahami setiap item instrumen. Secara tidak langsung item yang dibangunkan dapat difahami agar memudahkan responden semasa proses menjawab instrumen saringan ini. Kesahan muka melibatkan seramai dua puluh orang (20) orang yang terdiri daripada Pegawai Psikologi, Pegawai Kebajikan Masyarakat dan Penolong Pegawai Psikologi yang sedang berkhidmat di Jabatan Kebajikan masyarakat serta warga emas yang merupakan ahli Sahabat PAWE iaitu sukarelawan warga emas yang berdaftar dengan Bahagian psikologi dan kaunseling Jabatan Kebajikan Masyarakat. Para responden yang terlibat dalam kesahan muka merupakan individu yang tidak terlibat dalam pembangunan dan pembinaan item. Fasa 3: Kajian Rintis Setelah kesemua item instrumen telah siap, satu kajian rintis telah dilaksanakan melibatkan penghuni warga emas di Rumah Seri Kenangan. Kriteria sampel dipilih warga emas yang boleh membaca serta sihat dari segi mental dan fizikal. Pemilihan ini bertujuan untuk mengetahui sejauhmana kefahaman responden terhadap instrumen saringan yang diberikan. Sampel telah dipilih menggunakan kaedah mengikut persampelan bertujuan ( purposive sampling ). Menurut Ibrahim (2017), menyarankan responden untuk kajian rintis ideal dan mencukupi iaitu seramai 30 hingga 50 orang sampel sahaja. Oleh demikian, pengkaji memilih 50 orang sampel bagi kajian ini. Jadual 3 menunjukkan jumlah sampel yang terlibat dalam kajian rintis. Dua (2) institusi warga emas Jabatan Kebajikan Masyarakat telah dipilih iaitu 25 orang dari Rumah Seri Kenangan Cheras Selangor dan 25 Orang dari Rumah Seri Kenangan Seremban. Pelaksanaan ujian rintis dilakukan dengan bantuan 2 orang Pegawai Psikologi Jabatan Kebajikan Masyarakat Selangor dan Negeri Sembilan yang bertugas secara berkala di kedua institusi tersebut.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy