GABUNG JURNAL 2024
203 Jurnal Psikologi & Kaunseling PerkhidmatanAwam Malaysia 2024, Bil. 18, ISSN: 2229-810X Pakar telah diberi 4 pilihan skor untuk menilai item iaitu (1) item tidak relevan, (2) item kurang relevan, (3) item agak releven dan (4) item sangat relevan. Jadual 2: Pilihan Skor Penilaian Item Oleh Pakar Penilai Kolum ulasan dan komen untuk item yang tidak relevan serta perlu dibuat penambahbaikan juga disertakan dalam borang penilaian yang dikembalikan oleh panel pakar penilai. Data yang diperoleh digunakan untuk mengukur kesahan kandungan dengan menggunakan Nisbah Kesahan Kandungan (Content Validity Ratio, CVR) dan Indeks Kesahan Kandungan (Content Validity Indeks, CVI). CVR merupakan salah satu pengukuran yang membantu untuk mengekalkan atau mengugurkan item yang ada pada instrumen kajian. Selain itu, kaedah ini bertujuan untuk membantu para pengkaji membuat tapisan bagi setiap item yang dibangunkan secara empirikal agar mendapat kepastian bahawa item tersebut benar-benar mewakili kandungan domain konstruk (Yusoff, 2019). Kesahan muka dilaksanakan selepas kesahan kandungan selesai dan mendapat persetujuan daripada pakar. Kesahan muka merupakan kaedah untuk melihat sejauh mana pengukuran dibuat dapat mengukur nilai sebenar yang ingin diukur (Chua, 2011). Proses ini dilaksanakan dengan mengambil kira keadaan responden yang menjawab item dalam soal selidik. Kepekaan penyelidik mengenai format soal selidik, tatabahasa, penggunaan jenis huruf dan saiz huruf yang mudah bagi membantu responden yang terdiri daripada Penilaian Item Skor Item Tidak Relevan 1 Item Kurang Relevan 2 Item Agak Relevan 3 Item Sangat Relevan 4
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy