GABUNG JURNAL 2024

202 Saringan ini diberi nama sebagai Saringan Kesejahteraan Psikologi 3A. Akronim 3A mewakili Acceptance (Penerimaan), Affection (Kasih Sayang) dan Achievement (Pencapaian). Fasa 2: Pengesahan dan Penilaian Pakar Seterusnya, setelah instrumen melalui fasa pertama (1) iaitu pembangunan item, fasa seterusnya ialah pengesahan dan penilaian pakar. Fasa ini melibatkan proses untuk menguji kesahan kandungan instrumen. Menurut Luis (1982), empat (4) orang pakar dan ke atas telah memadai untuk sesuatu kajian. Manakala, mengikut Polit dan Beck (2006), memadai dengan tiga (3) atau lima (5) pakar untuk satu-satu kajian. Bagi kajian ini, lima (5) orang pakar yang profesional dalam bidang kajian dan terdiri daripada pakar dalam industri telah dipilih Pakar dalam bidang yang dikaji dipilih untuk menilai soal selidik (Rahimah, 2018). Pakar yang dipilih terdiri daripada pakar lapangan dan industri dalam bidang psikologi dan kaunseling serta gerontologi dari institusi pengajian tinggi dan industri berkaitan serta telah berkhidmatan dalam bidang lebih daripada 10 tahun keatas. Kesahan ditakrifkan sebagai kesesuaian item berdasarkan tujuan kajian untuk membolehkan inferens dilaksanakan oleh pengkaji (Fraenkel & Norman, 1996). Kaedah ini penting agar memperoleh informasi serta penyemakan item dengan tepat (Zul Izuddin & Kama, 2023). Menurut Rahman (2017), proses ini merupakan penambahbaikan, cadangan serta pandangan bagi memastikan kesemua item yang dinilai boleh meliputi kandungan domain yang perlu diuji agar ia mengukur apa yang hendak diukur. Panel pakar diminta menyemak dan memberi skor kepada instrumen kajian berdasarkan kesahan muka dan kesahan kandungan. Borang penilaian intrumen diberikan bagi memudahkan pakar untuk membuat penilaian. Jadual 2 menunjukkan , pilihan skor penilaian item oleh pakar penilai.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy