GABUNG JURNAL 2024

Jurnal Psikologi & Kaunseling PerkhidmatanAwam Malaysia 2024, Bil. 18, ISSN: 2229-810X 201 ii. Kasih Sayang ( Affection ) Kasih sayang ialah keperluan untuk mendapat perhatian positif daripada orang lain dan perasaan mengambil kira positif untuk orang lain, disampaikan melalui tingkah laku penyayang, yang berlaku dalam perhubungan dari perkenalan hingga intim. Ia memainkan peranan penting dalam perkembangan kesihatan warga emas (Sue, 2016). Kasih sayang melibatkan hubungan antara penjaga, pasangan, ibu bapa dan anak-anak, rakan, jiran tetangga serta ahli dalam masyarakat menghargai dan menghormati antara satu sama lain tanpa mengira usia. iii. Pencapaian ( Achievement ) Warga emas sebagai suri teladan kepada generasi muda Pencapaian terbaik dalam apa-apa aktiviti serta berjaya dalam apa-apa aktiviti. Masih boleh menyumbang kepada diri dan orang lain. Individu yang berpuas hati dengan pencapaian sebelumnya akan berasa tenang dan bahagia. Individu ini juga dikatakan mempunyai perasaan yang utuh manakala individu yang tidak berjaya dan kecewa dengan pencapaian sebelumnya akan mengalami rasa putus asa. Individu yang berputus asa ini merasakan ketidaksenangan didalam hati mereka kerana mereka beranggapan bahawa mereka belum meraih tujuan utama di dalam kehidupannya (Erikson, 2010). dan ia tidak semestinya bergantung kepada pencapaian orang lain atau individu. Penerimaan diri merupakan pentanda kepada kesihatan mental dan prasyarat untuk menjadi lebih baik (Ellis, 2005). Selain itu, penerimaan diri merupakan tahap kesedaran individu tentang ciri-ciri peribadi dan kesanggupan untuk hidup dengan keadaan sedemikian (Hurlock, 2004).

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy