GABUNG JURNAL 2024

200 mudah difahami, penggunaan bahasa tahap tinggi dielakkan, mengelak dari menggunakan item double-baralled , mengelak dari menggunakan item yang boleh menyentuh sensitiviti kaum, agama serta politik dan item dipastikan agar sesuai dengan konteks Malaysia. Pembangunan item dan domain instrumen saringan ini menggunakan Model Kesejahteraan Psikologi Ryff (1989) sebagai asas pembangunan instrumen saringan agar memahami konteks kesejahteraan psikologi secara holistik. Model ini mempunyai 6 dimensi iaitu autonomi, penguasaan persekitaran, perkembangan peribadi, tujuan dalam hidup, penerimaan diri, dan hubungan positif dengan orang lain. Kesemua dimensi ini merupakan elemen yang membantu kearah kesejahteraan psikologi seseorang. Kesejahteraan psikologi ditakrif sebagai kebahagiaan dan kepuasan hidup ia digambarkan melalui keseimbangan kesan positif dan negatif dan dipengaruhi oleh faktor demografi, sokongan sosial dan penilaian terhadap pengalaman hidup (Hutapea, 2011). Manakala, Kesejahteraan Psikologi warga emas boleh dicapai dengan adanya faktor-faktor yang boleh membantu golongan ini mencapai kesejahteraan psikologi yang mampan. Tiga kategori yang diramal menjadi faktor kepada kesejahteraan psikologi warga emas iaitu penerimaan diri, kasih sayang, dan pencapaian kemudian ditafsirkan mengikut makna, rupa, dan jangka masa (Jatie.K, et al, 2017). Ketiga- tiga faktor yang dinyatakan di atas dilihat signifikan dengan penghuni warga emas yang berada di institusi Jabatan Kebajikan Masyarakat. Tiga domain telah dibentuk iaitu; i. Penerimaan ( Acceptance ) Penerimaan kendiri, keluarga dan masyarakat dalam aktiviti komuniti. Penerimaan diri merupakan sikap yang menjadikan seseorang itu berpuas hati dengan kebolehan, bakat, dan pemahaman tentang kemampuan dan limitasi atau batasan seseorang (Neisya, Retno, Dianis Wulan, 2023). Penerimaan kendiri juga merupakan sikap positif terhadap diri sendiri secara keseluruhan, termasuk pengalaman hidup masa lalu seseorang

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy