GABUNG JURNAL 2024
Jurnal Psikologi & Kaunseling PerkhidmatanAwam Malaysia 2024, Bil. 18, ISSN: 2229-810X 199 Fasa 1: Pembangunan Item Fasa pembangunan item Saringan Kesejahteraan Psikologi 3A merupakan fasa yang paling utama. Hal ini kerana, pembangunan item merupakan pengukur kepada instrumen ini mengukur tahap kesejahteraan psikologi dalam konteks warga emas di institusi warga emas Jabatan Kebajikan Masyarakat. Secara tidak langsung dapat membantu Pegawai Psikologi membuat perancangan intervensi psikologi dan kaunseling berdasarkan keperluan klien. Penentuan domain dan indikator dibuat berdasarkan lebih 30 dapatan kajian tempatan dan luar negara yang menyatakan kepentingan atau hubungan kasih sayang, penerimaan, dan pencapaian kepada kehidupan warga emas. Selain itu, dapatan kualitatif yang diperoleh daripada penghuni warga emas seramai 10 orang. Menurut Chua (2011), saiz sampel sebanyak 5 subjek boleh diterima untuk data demografi yang sama dalam kualitatif dijadikan sebagai maklumat dalam membentuk item disesuaikan dengan domain dan indikator instrumen saringan. Seterusnya, pembinaan item yang bersesuaian mengikut operasional indikator dihasilkan dan diperhalusi serta berdasarkan model dan kajian literatur. Setiap item yang dibangunkan dibentuk berdasarkan kepada definisi operasional bagi memastikan item yang dibina dapat mengukur domain dan indikator yang telah ditetapkan. Bagi membantu proses pembinaan item, beberapa alat ujian psikometrik tempatan dan luar negara juga telah dijadikan rujukan. Ia bertujuan untuk memastikan instrumen yang dihasilkan berkualiti serta mudah untuk difahami oleh warga emas. Menurut Mohammad Rahim dan Wan Shahrazad (2018) beberapa perkara diambil kira semasa pembinaan item iaitu item berbentuk negatif ( reverse items ) juga dimasukkan, item yang mengelirukan serta mempunyai dua makna dielakkan, item berbentuk pendek serta
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy