GABUNG JURNAL 2024

10 PERBINCANGAN Kecerdasan emosi merupakan eleman penting terhadap produktiviti dan penghasilan kerja yang tinggi. Namun begitu cabaran kerja masa kini memberikan risiko terhadap tahap tekanan, kebimbangan dan kemurungan di kalangan pekerja. Ini sekaligus menjejaskan produktiviti dan prestasi kerja. Menurut Lazarus (1991), emosi memberikan kita maklumat tentang cara kita berfikir dan mengalami situasi tertentu secara nyata. Emosi turut dipengaruhi oleh tuntutan dan tekanan dalam persekitaran kerja. Kajian Jordan, Ashkanasy dan Hartel (2022) berkaitan kecerdasan emosi menjadi moderator kepada tindak balas emosi dan tingkah laku. Dapatan kajian mendapati tekanan di tempat kerja adalah berkaitan dengan tekanan kerja yang berlebihan, memenuhi tarikh akhir, konflik dengan rakan sebaya, bawahan atau penyelia, perubahan dalam persediaan organisasi dan perubahan teknologi. Justeru itu, tahap kecerdasan emosi yang tinggi mempunyai hubungan yang signifikan dengan prestasi kerja yang tinggi. Kajian-kajian lepas (Sharifah dan Maizatul, 2024; Lester dan Muhamad, 2024; Ahmad Tarmizi et al., 2023; Firdaus dan Mohd Khairi, 2022; Intan Marfarrina and Simah Mamat, 2022; dan Mohd Juraimy et al., 2021) melibatkan pekerja daripada pelbagai latar belakang pekerjaan menyokong hasil kajian ini, di mana kecerdasan emosi mempunyai hubungan yang signifikan positif terhadap prestasi dalam pekerjaan. Hal ini kerana, kecerdasan emosi membolehkan pekerja memberikan komitmen yang lebih baik terhadap pekerjaannya berbanding daripada melakukan perkara lain yang bukan daripada skop tugasannya. Ini menjelaskan bahawa kecerdasan emosi adalah faktor terbesar menyumbang kepada peningkatan motivasi pekerja, produktiviti organisasi, mengekalkan daya saing serta membangunkan laluan kerjaya yang lebih baik. Hasil kajian Firdaus dan Mohd Khairi (2022) terhadap atlet mendapati kecerdasan emosi dan ketahanan mental ini memainkan peranan yang penting dalam melahirkan pemain ataupun pasukan yang bersedia dari segi mental dan fizikal sebelum bermulanya perlawanan. Kajian ini

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy