GABUNG JURNAL 2024

198 a. Menyaring klien untuk mengenalpasti tahap kesejahteraan psikologi dalam kalangan warga emas di institusi Jabatan Kebajikan Masyarakat; b. Mengenalpasti faktor kepada isu dan permasalahan yang menjejaskan kesejahteraan psikologi warga emas di institusi Jabatan Kebajikan Masyarakat bagi kes yang dirujuk untuk menjalani intervensi dengan Pegawai Psikologi; dan c. Menyaring klien bagi merangka kaedah dan pelan intervensi yang bersesuaian mengikut keperluan warga emas di insitusi Jabatan Kebajikan Masyarakat bagi meningkatkan tahap kesejahteraan psikologi warga emas. METODOLOGI KAJIAN Kajian ini melibatkan empat fasa iaitu fasa pertama (1) yang merupakan fasa pembangunan item melalui pelbagai sumber. Fasa dua (2) merupakan fasa penilaian dan kesahan oleh pakar penilai. Manakala, fasa ketiga (3) merupakan fasa kajian rintis dan akhir sekali fasa empat (4) merupakan fasa penilaian analisis data dan kebolehpercayaan berdasarkan kajian rintis. Rajah 1 memaparkan ringkasan fasa dalam pembangunan Saringan Kesejahteraan Psikologi 3A. Rajah 1: Fasa Pembangunan Saringan Kesejahteraan Psikologi 3A

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy