GABUNG JURNAL 2024
Jurnal Psikologi & Kaunseling PerkhidmatanAwam Malaysia 2024, Bil. 18, ISSN: 2229-810X 197 Salah satu kaedah yang membantu pelaksanaan intervensi psikologi dan kaunseling ialah dengan menggunakan instrumen saringan sebagai salah satu kaedah awal untuk mengetahui status atau keadaan semasa klien yang memberi kesan kepada isu dan permasalahan yang dialami oleh klien. Namun begitu, kebanyakan instrumen yang mengukur kesejahteraan psikologi mempunyai item dan penyataan yang banyak serta panjang menyebabkan klien warga emas kurang faham serta sukar untuk menjawab kesemua item instrumen yang diberikan keadaan tersebut memberi cabaran dan halangan kepada pegawai psikologi dalam proses membantu klien yang dirujuk untuk melaksanakan intervensi psikologi dan kaunseling. Walaupun terdapat instrumen yang sedia ada seperti Ryff ’s Scales of Psychological Well Being (PWB) (1989). Namun begitu, ujian ini mempunyai 42 item menyebabkan ia kurang sesuai untuk dijadikan saringan kepada penghuni warga emas di institusi JKM. Terdapat juga instrumen yang ringkas seperti Satisfaction with Life Scale (SWLS) yang dibangunkan oleh Diener et al (1985). Ujian ini mempunyai 5 item namun begitu, penyataan dalam setiap item terlalu umum dan ia tidak menepati norma serta keperluan objektif yang ditetapkan dalam ruang lingkup penghuni warga emas di institusi Jabatan Kebajikan Masyarakat. Justeru itu, Bahagian Psikologi dan Kaunseling Jabatan Kebajikan Masyarakat mengambil inisiatif membangunkan Saringan Kesejahteraan Psikologi 3A bagi mengenalpasti faktor, isu dan tahap kesejahteraan psikologi yang dihadapi secara individu dalam kalangan warga emas di institusi Jabatan Kebajikan Masyarakat. Saringan ini secara tidak langsung membantu Pegawai Psikologi membuat pelan intervensi psikologi dan kaunseling mengikut keperluan penghuni warga emas yang terlibat. Berikut merupakan objektif pembangunan instrumen saringan ini iaitu;
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy