GABUNG JURNAL 2024

196 keadaan semasa yang lebih mencabar yang memerlukan warga emas beradaptasi dan menyesuaikan diri agar terus berfungsi dalam meneruskan kelangsungan kehidupan (Nurul Aini & Fatanah, 2014). Justeru itu, Bahagian Psikologi dan Kaunseling Jabatan Kebajikan Masyarakat mewujudkan inisiatif bagi memastikan penghuni warga emas di institusi Jabatan Kebajikan Masyarakat dapat mencapai kesejahteraan psikologi selaras dengan matlamat Dasar Warga Emas Negara. PERNYATAAN MASALAH Penghuni warga emas di institusi Jabatan Kebajikan Masyarakat diberi pelindungan serta penjagaan yang baik sepanjang mereka berada di institusi JKM. Selain itu juga, perkhidmatan psikologi dan kaunseling juga disediakan kepada warga emas untuk memastikan kesejahteraan psikologi golongan ini terjaga. Menyedari kepentingan kesejahteraan psikologi serta risiko golongan ini terdedah dengan isu kesihatan mental, pelbagai usaha dilakukan melalui perkhidmatan psikologi dan kaunseling. Pelbagai isu yang dihadapi oleh penghuni warga emas antaranya isu yang melibatkan adaptasi diri, konflik diri, perhubungan, emosi dan tingkah laku. Menurut Keyes (2003), kesejahteraan emosi merangkumi keseimbangan positif terhadap perkara yang menyenangkan atau sebaliknya. Ia juga secara umum merupakan penilaian kognitif terhadap kepuasan hidup seseorang manakala menurut Ryff dan Singer (1996), kesejahteraan psikologi dan emosi mempunyai peranan penting untuk mencapai tahap kesihatan mental dan fizikal yang optimum. Justeru itu, bagi memastikan kesejahteraan penghuni warga emas di institusi warga emas dapat dicapai, menjadi keperluan untuk menyediakan intervensi psikologi yang bersesuaian dengan keperluan golongan ini. Bagi memastikan intervensi yang dirangka berdasarkan keperluan klien, pegawai psikologi memerlukan kaedah dan pendekatan yang sesuai untuk mengenalpasti isu yang dihadapi oleh penghuni warga emas yang dirujuk agar intervensi yang akan dilaksanakan menepati keperluan klien serta memberi kesan yang positif kepada kesejahteraan psikologi penghuni warga emas di institusi Jabatan Kebajikan Masyarakat.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy