GABUNG JURNAL 2024

195 Jadual 1: Bilangan Penghuni Warga Emas Mengikut Rumah Seri Kenangan, Jabatan Kebajikan Masyarakat Sehingga Jun 2024 Jadual 1 menunjukkan bilangan penghuni di 10 Rumah Seri Kenangan, Jabatan Kebajikan Masyarakat sehingga Jun 2024 iaitu seramai 2270 orang. Warga emas merupakan kumpulan sasar Jabatan Kebajikan Masyarakat yang mendapat perkhidmatan yang disediakan oleh jabatan ini terutamanya warga emas yang menjadi penghuni Rumah Seri Kenangan. Pelbagai usaha yang dilaksanakan oleh kerajaan bagi memastikan kesejahteraan warga emas dapat dikekalkan tanpa meminggirkan golongan ini antaranya dengan menyediakan Dasar Warga Emas Negara yang fokus kepada kesejahteraan warga emas melalui elemen penuaan sihat, produktif, aktif dan positif. Penekanan kepada keperluan dan kebajikan warga emas secara holistik perlu diutamakan. Hal ini kerana, di peringkat usia warga emas, golongan ini mula mengalami penurunan sama ada dari segi fizikal, kognitif, sosial, emosi dan lain-lain aspek kehidupan ia berlaku disebabkan oleh faktor Jurnal Psikologi & Kaunseling PerkhidmatanAwam Malaysia 2024, Bil. 18, ISSN: 2229-810X Institusi Rumah Seri Kenangan Bilangan Penguni RSK Kangar Perlis 140 RSK Taiping Perak 200 RSK Ulu Kinta, Perak 200 RSK Cheras Selangor 250 RSK Seremban , Negeri Sembilan 250 RSK Cheng, Melaka 250 RSK Taman Kemumin, Kelantan 150 RSK Seri Iskandar, Perak 130 RSK Bedong, Kedah 250 RSK Johor Bharu, Johor 200 RE Dungun, Terengganu 120 RE Kuala Kubu Bharu, Selangor 120 Sumber: Bahagian Warga Emas, Jabatan Kebajikan Masyarakat

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy