GABUNG JURNAL 2024

194 PENGENALAN Malaysia dijangka mencapai status negara tua atau aged nation menjelang 2030 apabila dijangka 15.3 peratus daripada jumlah keseluruhan penduduk negara adalah berusia 60 tahun dan ke atas, berdasarkan unjuran data Jabatan Perangkaan Malaysia (Jabatan Perangkaan Malaysia, 2019). Hal ini bermakna, populasi warga emas ketika itu akan menjangkau 5.8 juta orang daripada keseluruhan 38.1 juta jumlah penduduk negara. Peningkatan populasi warga emas secara tidak langsung memberi impak kepada peningkatan penghuni warga emas di Rumah jagaan orang tua (Nurhazirah & Khadijah, 2021). Rumah Seri Kenangan, merupakan institusi kebajikan yang berada di bawah seliaan Jabatan Kebajikan Masyarakat yang diwujudkan bagi membantu warga emas yang tidak mempunyai waris. Insitusi ini memberi penjagaan, perlindungan dan rawatan kepada golongan ini. Selain itu juga, Jabatan Kebajikan Masyarakat juga menyediakan perkhidmatan psikologi dan kaunseling kepada penghuni warga emas sebagai satu pendekatan bagi memastikan kesejahteraan psikologi golongan ini dapat ditingkatkan atau dikekalkan dalam kehidupan mereka sepanjang mereka menjadi penghuni di institusi warga emas Jabatan Kebajikan Masyarakat. Syarat umur bagi permohonan kemasukan ke institusi warga emas ialah mesti berumur 60 tahun keatas. Ia selaras dengan takrifan warga emas iaitu mereka yang berusia 60 tahun keatas. Takrifan ini berdasarkan kepada takrifan yang dibuat di " World Assembly On Ageing 1982 " di Vienna.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy