GABUNG JURNAL 2024

Jurnal Psikologi & Kaunseling PerkhidmatanAwam Malaysia 2024, Bil. 18, ISSN: 2229-810X 187 Rumusannya, kepentingan kaunseling kelompok jelas menunjukkan bahawa kesejahteraan psikologi dapat dicapai dengan sebaik mungkin mengikut proses dan kemahiran yang diterapkan. Malah, pencapaian positif dari segi peluahan emosi, pemikiran rasional, dan juga melalui sesi kaunseling kelompok yang terapeutik membuktikan bahawa intervensi ini sangat berguna kepada semua pihak yang bukan sahaja dapat diaplikasikan di pusat pengajian, malah juga terhadap sesebuah organisasi. Kesemuanya adalah bergantung kepada peranan kaunselor dan sesebuah organisasi tersebut untuk meneruskan intervensi ini dengan lebih baik sekiranya mempunyai sebarang isu dalaman. Kejayaan pelaksanaan kaunseling kelompok secara bersistematik berdasarkan kepada satu garis panduan, proses yang dinamik serta kemahiran yang tetap di dalam sesebuah intervensi kaunseling kelompok akan dapat mencapai tahap kesejahteraan psikologi terhadap semua pihak. KESIMPULAN Kesimpulannya, kajian literatur ini jelas mengukuhkan kajian ini iaitu kepentingan kaunseling kelompok sebagai pemangkin kesejahteraan psikologi manusia. Kejayaan pelaksanaan kaunseling kelompok dapat mendorong banyak pihak meneruskan intervensi ini dengan cara dan strategi yang telah ditetapkan. Pembentukan cara hidup positif, rasional, pengluahan perasaan, hubungan kaunselor- klien, keperluan asas dan kemahiran pertolongan adalah hasil daripada pengamalan kehidupan positif mengikut pengaplikasian intervensi yang bersesuaian. Kesannya memberikan satu impak yang baik sama ada terhadap kesejahteraan psikologi seseorang individu mahupun kesan fizikal. Implikasi kajian ini ialah dapat menjadi panduan kepada pihak badan kerajaan dan bukan kerajaan untuk mengaplikasikan intervensi kaunseling kelompok sebagai satu intervensi yang baik untuk mencapai kesejahteraan psikologi manusia secara lebih menyeluruh. Selain itu, kajian ini juga dapat

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy