GABUNG JURNAL 2024

186 disayangi, ingin rasa dihargai, inginkan kebebasan, kegembiraan dan keinginan terus hidup. Modul kaunseling kelompok yang menggunakan Teori Pilihan dan Terapi Realiti ini mempunyai keberkesanannya yang tersendiri berteraskan penambahbaikan yang disyorkan oleh pakar-pakar penilai. Matlamatnya ialah untuk membantu pelajar-pelajar bermasalah tingkah laku disiplin di sekolah dan pengujiannya secara eksperimen dapat membentuk perkembangan kaunseling kelompok dengan lebih baik. Jelasnya, pengujian modul ini membantu ke arah perkembangan yang baik untuk memangkinkan kesejahteraan psikologi bagi pelajar-pelajar yang diuji akan kesahan dan kebolehpercayaan modul kelompok tersebut. Kajian Schentman (2004) turut menyokong kajian ini dengan melihat aspek kelompok sebagai satu intervensi dan rawatan kepada budak-budak yang agresif. Pencapaian menurunkan tahap keagresifan budak-budak ini menjadi satu ukuran bahawa tingkah laku klien dan terapis membantu proses intervensi yang dijalankan (Johnson et al., 2005; Sapora, 2003). Kemahiran pertolongan antara individu dan kelompok adalah berbeza. Ini kerana proses individu lebih terus kepada individu tersebut berbanding dengan kelompok yang melibatkan banyak orang terpilih. Jelasnya, kesemua ahli kelompok akan merasai intervensi yang sama antara satu sama lain dalam memulihkan permasalahan yang timbul. Peranan fasilitator atau terapis sangat penting ke arah mensejahterakan kesemua ahli melalui intervensi kelompok sebegini memandangkan semua ahli mendapat manfaat. Kesannya, hubungan kemahiran pertolongan sangat berhubungan dengan pembentukan tingkah laku klien bagi kanak-kanak yang agresif sebegini. Mereka akan mendapat manfaat secara keseluruhan daripada kajian eksperimen yang diberikan berdasarkan format intervensi, termasuklah terapi pendedahan kendiri ( self disclosure ).

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy