GABUNG JURNAL 2024

Jurnal Psikologi & Kaunseling PerkhidmatanAwam Malaysia 2024, Bil. 18, ISSN: 2229-810X 185 Sesi Yang Terapeutik (Faktor Kaunselor-Klien, Keperluan Asas dan Kemahiran Pertolongan) Begitu juga dengan Johnson et al., (2005) menyatakan bahawa kelompok yang melibatkan kaunseling berasaskan kepada faktor terapeutik yang wujud dalam sesi tersebut dapat membantu kesejahteraan diri. Dalam terapi berkumpulan atau berkelompok ini, apa yang paling penting ialah kesepaduan, empati dan klimaks dalam sesebuah kumpulan. Matlamat ini menjadi perkara asas ke arah pencapaian kesejahteraan psikologi yang wujud dalam diri. Kejayaan sesebuah terapi berkelompok ini merujuk kepada hubungan sesama ahli, hubungan dengan ketua (fasilitator) dan proses perjalanan kelompok itu. Sikap positif dan menerima orang lain dalam terapi berkelompok ini merupakan sejenis perhubungan yang dapat memberikan kesan positif kepada semua ahli setelah tamat sesi kelompok (Sapora, 2003). Korelasi antara sesama ahli dan fasilitator menjadi elemen pengukuran kepada unidimensi perjalanan sesebuah terapi berkumpulan sebegini. Penamat kepada perjalanan terapi berkumpulan ini menjadi satu aspek penting untuk pencapaian kesejahteraan psikologi kepada ahli-ahli dan juga ketua (fasilitator) yang menjalankan terapi kelompok tersebut. Semua ini melibatkan arah praktikal kemahiran asas kaunseling seperti memberi perhatian, memberi galakan, menyemak persepsi, menyoal, konfrantasi dan empati, termasuklah membuat pemerhatian secara tepat dan peka dengan sekeliling (Hardianaema & Zuria, 2011). Kajian dari Ahmad Jazimin et al., (2010) pula melihat kaunseling kelompok berteraskan intervensi yang menggunakan Teori Pilihan dan Terapi Realiti. Pengkaji telah melihat peranan tingkah laku individu yang berasal daripada dunia dalaman individu itu sehingga mendatangkan kesan kebaikan dalam diri. Dunia dalaman itu merangkumi lima keperluan asas iaitu keperluan menyayangi dan

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy