GABUNG JURNAL 2024
184 komunikasi yang sihat dan kondusif menyumbang ke arah peningkatan estim kendiri pesakit ini. Kesannya, pesakit kanser saling mendapat pelbagai maklumat sesama mereka, berkongsi luahan rasa dan pengalaman ketika menghadapi penyakit kanser ini. Perasaan dalaman yang dikongsikan ini menjadi satu elemen kepuasan jiwa secara dalaman sehingga mendatangkan kejayaan pencapaian kesejahteraan psikologi pesakit kanser untuk meneruskan kehidupan. Kajian ini disokong pula oleh Wade et al., (2011) yang menyatakan bahawa sesi kaunseling kelompok yang pernah dijalankan secara eksperimen dapat membantu mengurangkan stigma ke atas diri, mengurangkan tekanan dan membawa perubahan ke atas diri dengan cara yang terbaik. Pembentukan stigma ke atas diri merupakan satu keadaan di mana individu berasa rendah diri dan tidak berpuas hati dengan dirinya sendiri. Keadaan ini merupakan satu elemen yang tidak sihat dan tidak membantu kepada kesejahteraan psikologi. Rasa dipunyai dan mempunyai saling berhubungan secara positif bermula dari awal sesi kaunseling kelompok sehinggalah ke satu saat yang dapat menentukan kejayaan kaunseling kelompok tersebut. Kualiti dalam sesi tersebut menjamin ke arah pencapaian klien dalam pelbagai aspek untuk mendapatkan pertolongan dan menurunkan tahap stigma ke atas diri secara mutlak. Walaupun begitu, peranan personaliti, penampilan, kemahiran, kepakaran dan isu-isu beretika merupakan aspek yang memangkinkan perubahan individu ke arah yang lebih positif dalam proses kaunseling (Mohamad Fauzi, 2012). Semakin dalam sesi kaunseling kelompok dijalankan sesama ahli dalam kelompok tersebut, maka semakin berkembanglah segala elemen dalam diri untuk mencapai kesejahteraan dalam diri (Woolfe et al., 2012; Para, 2009). Hanya melalui kaunseling sebeginilah segala penerokaan terhadap diri dapat dijalankan sebaik mungkin untuk mengenal pasti golongan yang memerlukan pertolongan serta membawa satu perasaan yang baik berasaskan kepada pemikiran yang positif.
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy