GABUNG JURNAL 2024

Jurnal Psikologi & Kaunseling PerkhidmatanAwam Malaysia 2024, Bil. 18, ISSN: 2229-810X 183 Mohammad Nasir (2005) menyatakan bahawa kaunseling kelompok sangat berguna dan berkesan untuk memangkinkan kesejahteraan psikologi manusia, terutama untuk pelajar-pelajar sekolah. Kajian eksperimen secara kuasi yang dijalankan mendapat satu keputusan yang baik berteraskan pendekatan Rasional Emotif Tingkah laku ( REBT ). Kesannya meningkatkan daya tahan terhadap keluarga, penghargaan kendiri dan juga mengurangkan kemurungan di kalangan pelajar. Keputusan ini sekaligus membantu memberikan celik akal dan membuka kerasionalan dalam diri untuk bertindak dalam apa sahaja tindakan luaran dan dalaman (Ellis, 1996). Penyingkiran pemikiran tidak rasional yang menjadi pegangan dalam hidup menjadi amalan serta menyesuaikan emosi dengan perlakuan yang negatif. Remaja yang berisiko juga boleh disedarkan dengan mengurangkan pemikiran tidak rasional selama ini yang sentiasa berkecenderungan untuk melibatkan perlakuan negatif seperti lari dari rumah, salah laku dan sentiasa wujud perasaan memberontak tidak puas hati. Kesannya, keseimbangan wujud dalam diri melalui pemikiran secara rasional untuk bertindak lebih rasional dalam hidup. Kajian Namora dan Mohamad Hashim (2010) turut menjelaskan bahawa kaunseling kelompok membantu mencapai tahap kesejahteraan psikologi dalaman pesakit kanser payu dara melalui pendekatan Terapi Tingkah Laku Kognitif ( CBT ) dan kelompok sokongan sosial estim kendiri. Perubahan positif turut dicapai melalui kajian eksperimen kuasi ini kerana intervensi CBT ini berupaya mengajarkan subjek kajian cara mengubah fikiran tidak rasional menjadi lebih rasional dan positif. Teknik mencabar pemikiran ini membuka minda pesakit kanser untuk menerima hakikat dan meneruskan kehidupan sebaik mungkin. Namun, kerjasama antara subjek dan kaunselor sangat perlu untuk memastikan perjalanan kelompok secara lebih telus, baik dan diterima oleh subjek kajian (Wade et al., 2011). Pembentukan

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy