GABUNG JURNAL 2024
182 bersikap terbuka, tulen, jujur, menerima diri sendiri dan menanam sikap sentiasa berhati-hati dalam kehidupan seharian. Peka dengan keperluan dan perasaan individu lain menjadi tonggak perjalanan sesi kaunseling kelompok mencapai matlamat yang positif, termasuklah mencapai tahap kesejahteraan psikologi yang maksima. KEPUTUSAN DAN PERBINCANGAN KAJIAN Peluahan Emosi dan Pemikiran Rasional Pendekatan kaunseling kelompok ini merupakan satu pendekatan terapeutik yang baik ke arah kesejahteraan psikologi manusia. Peluahan emosi dalaman dalam sesebuah kelompok secara tertutup itu menunjukkan bahawa permasalahan yang melanda manusia ini memerlukan perhatian dan pendengaran daripada orang lain (Sapora, 2003). Kemahiran mendengar dan melayan yang dijalankan itu membantu seseorang untuk merasai kelegaan di dalam hidup (Mohamad Fauzi, 2012). Akhirnya kelegaan itu telah membuka banyak ruang positif dalam psikologi seseorang individu untuk bertingkah laku dengan cara yang lebih baik. Inilah yang dikatakan sebagai pemangkin kesejahteraan psikologi manusia secara perlahan-lahan dengan mengambil kira aspek kehidupan seharian. Ilhamuddin dan Alisyahbana (2020) melihat keberkesanan kaunseling kelompok sebagai aspek penting kerana pendekatan psikodrama dalam kelompok yang dijalankan membuahkan hasil kejujuran kepada kesemua ahli kelompok iaitu dalam kalangan pelajar. Malah, mereka mencapai satu tahap kejujuran yang tinggi selepas beberapa sesi kelompok yang dijalankan (Ilhamuddin & Alisyahbana, 2020). Kejujuran yang tinggi sebegini menjadi cerminan bahawa perasaan itu adalah suatu perasaan yang tulus untuk ditunjukkan kepada semua pihak di dalam proses kaunseling kelompok itu berjalan. Hasilnya, perkongsian itu menjadi satu peluahan yang baik dan sekaligus membantu kepada kesejahteraan psikologi manusia.
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy