GABUNG JURNAL 2024
Jurnal Psikologi & Kaunseling PerkhidmatanAwam Malaysia 2024, Bil. 18, ISSN: 2229-810X 181 kelompok dan juga dengan semua orang. Pembinaan sebegini menjadi matlamat utama sepanjang sesi pembelajaran secara bersama dalam kaunseling kelompok untuk memberikan bimbingan kepada semua ahli dalam kelompok. Selain itu, Wade et al., (2011) menjelaskan bahawa kaunseling kelompok ini merupakan sesi yang berhubungan dengan ketua kelompok (kaunselor) dan juga ahli-ahli lain dalam sesebuah kelompok. Hubungan itu lebih memfokuskan kepada melihat arah dan matlamat yang diwujudkan untuk perjalanan sesi kaunseling kelompok mengikut arahan ketua. Namun, hubungan ini lebih jelas apabila kaunselor yang bertindak sebagai ketua kelompok membawa haluan kelompok itu mencapai matlmat yang ingin dicapai secara bersama. Kualiti sesi kaunseling kelompok ini sangat bergantung kepada respons positif ahli-ahli dan membantu perkembangan diri ahli-ahli dalam kelompok termasuklah stigma yang wujud terhadap diri. Malah, terdapat juga bukti menyatakan bahawa kaunseling kelompok yang baik wujud apabila sesama ahli saling bergantungan, mencapai satu matlamat yang sama serta menjadi rapat antara satu sama lain. Panduan ini membuktikan bahawa kaunseling kelompok itu berjaya membantu permasalahan yang dibincangkan melalui kelompok dengan lebih khusus. Akhir sekali ialah Hamdan (2009) menjelaskan bahawa kaunseling kelompok ialah proses membantu klien menyesuaikan dirinya dengan kehidupan seharian untuk perkembangan dan memperbaiki tingkah laku, peribadi, nilai-nilai diri, sikap, pemilihan kerjaya dan kemahiran asas sebagai seorang manusia. Dalam kaunseling kelompok, kesediaan semua ahli untuk berkongsi pandangan, pengalaman dan buah fikiran dapat membantu kesejahteraan psikologi, bukan sahaja kepada minda malah kepada jiwa raga seseorang individu. Kelebihan yang diperolehi hasil menjalankan sesi kaunseling kelompok ini ialah untuk menjadikan individu itu
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy