GABUNG JURNAL 2024
180 Asmah et al., (2011) pula menjelaskan kaunseling kelompok sebagai perkhidmatan menolong yang wujud dalam penjurusan bimbingan dan kaunseling. Pendekatan ini lebih kepada berkelompok dan dikendalikan oleh seorang kaunselor yang terlatih untuk menentukan proses kaunseling, teori kaunseling, dinamika kelompok, peranan pemimpin dan ahli dengan menggunakan kemahiran asas kaunseling. Pelbagai cabaran dalam melatih kaunselor pelatih untuk mengendalikan kelompok yang bertindak sebagai pemangkin bagi memastikan kelompok itu berjaya dan dimanfaatkan oleh semua ahli kelompok. Suasana kejelekitan dan kebersamaan yang wujud dalam kaunseling kelompok itu merupakan suasana yang diperlukan untuk mencapai tahap kesejahteraan psikologi yang baik bagi setiap ahli dalam kelompok tersebut. Segala perhatian secara bergilir-gilir menjadi panduan bahawa setiap ahli dalam kelompok tersebut adalah unik dan memerlukan perhatian dan pandangan secara bersama sepanjang menjalani proses kelompok. Sapora (2003) menjelaskan kaunseling kelompok sebagai perkhidmatan menolong secara berkelompok yang bertujuan untuk menolong lebih ramai individu dalam sesuatu permasalahan yang sama. Kelompok ini berbentuk pengumpulan beberapa orang individu untuk berinteraksi dan mempunyai hubungan secara psikologi antara satu sama lain. Tujuannya ialah untuk mengubah tingkah laku dan mendapat celik akal dalam segenap permasalahan yang dihadapi. Kesannya ialah dapat mencapai kesejahteraan psikologi dalam hidup bagi semua ahli-ahli dalam kelompok secara tersurat dan tersirat. Perkumpulan ini akhirnya membawa kebaikan kepada semua ahli-ahli untuk lebih baik dalam segenap hal pada masa akan datang. Hubungan juga akan baik dengan sesama ahli
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy