GABUNG JURNAL 2024
Jurnal Psikologi & Kaunseling PerkhidmatanAwam Malaysia 2024, Bil. 18, ISSN: 2229-810X 179 KONSEP KAUNSELING KELOMPOK Pelbagai konsep dikemukakan terhadap kaunseling kelompok dalam pengetahuan ilmu psikologi kaunseling. Masing-masing memberikan kefahaman bahawa kaunseling merupakan proses terapi/intervensi yang baik untuk mencapai celik akal dan kesejahteraan seseorang manusia. Pencapaian yang baik ke atas klien menunjukkan bahawa kaunseling kelompok melalui pelbagai pendekatan dan memberikan kebaikan kepada semua pihak terutama melibatkan elemen perkongsian. Kepelbagaian ciri dan teori yang digabungkan dapat diterima sebagai sesuatu yang universal dalam usaha untuk mengendalikan kelompok dengan lebih berkesan (Mohamed Sharif et al., 2006). Menurut Corey dan Corey (2002), kaunseling kelompok ialah satu hubungan yang baik antara seorang klien dengan seorang klien yang lain. Kaunseling kelompok ini merupakan sesi kaunseling yang sangat penting dan memerlukan hubungan antara seorang kaunselor dengan klien. Oleh itu, sesi ini merupakan sesi kumpulan yang melibatkan ramai orang di dalam kelompok. Kelompok itu akan lebih berkembang apabila klien berada dalam keadaan yang tenang, memberikan kerjasama dan sentiasa memahami antara satu sama lain. Setiap permasalahan cuba diperbincangkan dalam mencari satu jalan penyelesaian sebaik mungkin oleh kaunselor dan klien, bagi memperjelaskan bahawa keadaan ini bukanlah satu keadaan yang diingini berlaku. Matlamat dalam kehidupan yang diterapkan di dalam elemen kesejahteraan sudah menjadi longgar, ekoran daripada tiadanya pengukuhan terhadap perkara ini. Perkongsian terhadap kemerosotan tingkah laku klien ini dapat dibantu secara berkumpulan dan menunjukkan bahawa seseorang yang bermasalah itu sebenarnya bukan berseorangan. Oleh itu, kanseling kelompok dapat menggerakkan klien lebih bermotivasi dan memberikan kehidupan yang lebih baik hasil panduan secara berkelompok ini (Para, 2009).
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy