GABUNG JURNAL 2024

178 OBJEKTIF KAJIAN Kajian ini secara khususnya ialah untuk mengkaji tentang kepentingan kaunseling kelompok sebagai pemangkin pencapaian kesejahteraan psikologi manusia. METODOLOGI KAJIAN Metodologi kajian yang digunakan dalam kajian ini ialah kajian secara kepustakaan dengan mengupas kajian-kajian sorotan lepas sebagai satu bahan primer kajian. Kajian lepas merupakan salah satu bahan utama yang menjadi penyokong sesuatu kajian dalam melihat secara spesifik tentang elemen yang dikaji. Keutamaannya ialah kepada karya-karya yang dihasilkan di kawasan atau aspek yang sama atau hampir sama sekiranya tiada berarah kepada kajian tersebut (Sabitha, 2006). Mengikut Mohd Majid (2000) pula, kajian ke atas karya-karya yang berkaitan membantu penyelidik mentafsir dapatan penyelidikan dan membiasakan diri terhadap ilmu pengetahuan sesuatu bidang terutama dalam aspek teori dan pendapatnya tersendiri setelah melalui proses pemerhatian dan penelitian secara lebih khusus. Tujuannya ialah sebagai rujukan untuk mencari maklumat berkaitan dengan kerangka teori permasalahan kajian tersebut. Pengukuhan kajian lepas ini sangat kuat dan berkesan, memandangkan sudah ramai pengkaji-pengkaji sebelum ini melaksanakan kajian secara spesifik di dalam sesuatu bidang (Marrelli, 2005). Malah, kajian lepas ini menjadi ‘ worthwhile component ’ untuk setiap kajian yang dirujuk dan dijadikan asas pegangan sesuatu kajian lebih spesifik (Marrelli, 2005). Sama juga dengan bidang kaunseling kelompok, banyak bahan-bahan kajian lepas menjadi rujukan sebagai pencetus kesejahteraan psikologi manusia yang meliputi pelbagai aspek. Justeru, kajian lepas yang banyak berkaitan dengan sesuatu bidang adalah asas penyokong kekuatan sesuatu kajian secara lebih spesifik.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy