GABUNG JURNAL 2024

Jurnal Psikologi & Kaunseling PerkhidmatanAwam Malaysia 2024, Bil. 18, ISSN: 2229-810X 177 kelompok ini meletakkan permasalahan klien dalam konteks yang lebih luas. Ini menunjukkan bahawa setiap klien yang hadir di dalam sesi kaunseling kelompok itu memerlukan kerjasama dan perhatian sesama mereka. Bantuan secara terus hasil perkongsian dan peluahan emosi dalam kelompok membantu mereka mendapatkan idea tentang bagaimana menyelesaikan permasalahan seharian termasuklah terhadap pelajar-pelajar (Taufik, 2021). Semakin banyak menghadiri dan mengendalikan sesi kaunseling kelompok, maka semakin banyak perkongsian kebaikan yang akan timbul di dalam diri sama ada ke atas klien dan juga kaunselor (Corey & Corey, 2002). Terdapat juga sebilangan mereka yang meletakkan kaunseling kelompok hanya kepada golongan tertentu sahaja, dan kenyataan ini bersalahan sama sekali kerana perkhidmatan ini sesuai untuk semua golongan (Corey & Corey, 2002). Kesannya, klien itu akan mencapai satu perasaan celik akal yang baik untuk membantu mencapai tahap kesejahteraan psikologi secara lebih positif. Para (2009) menjelaskan bahawa kaunseling kelompok menjadi satu penerapan yang baik kepada permasalahan kehilangan ( grief ) dalam kehidupan seharian kerana bukan semua orang mengalami kehilangan dengan cara yang sama. Penerapan ini menjadi contoh bahawa sesi kaunseling kelompok tersebut menjadi elemen untuk penerapan ibadah terutama dalam proses dan kemahiran asas kaunseling yang dijalankan (Salasiah Hanim et al., 2011). Artikel konsep ini ditulis bertujuan untuk mengkaji kepentingan kaunseling kelompok sebagai pemangkin kesejahteraan psikologi manusia. Kajian secara literatur (kepustakaan) ini dijadikan satu perbincangan khusus tentang kaunseling kelompok sebagai asas perkhidmatan membantu manusia yang mempunyai permasalahan dalam kehidupan. Kesannya, kesemua pihak dapat menjadikan panduan bahawa keperluan kaunseling kelompok ini adalah asas bantuan psikologi yang bermanfaat pada masa kini dan akan datang.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy