GABUNG JURNAL 2024

pekerja-pekerja yang menghadapi masalah dalam pekerjaan seperti berprestasi rendah, kurang disiplin, rendah motivasi dan permasalahan peribadi seperti pengurusan diri, pengurusan kewangan, keluarga dan lain-lain (Mohamad Fauzi, 2012). Persoalan isu ini akan membebankan banyak pihak sekiranya tidak di atasi dengan sebaik mungkin. Perkhidmatan kaunseling merupakan satu perkhidmatan yang membantu manusia mendapat celik akal dalam menyelesaikan masalah personel dan umum. Kejayaan klien menjadi celik akal akan dapat menyelesaikan konflik permasalahan yang dihadapi yang merupakan satu elemen kesejahteraan psikologi dalam diri mereka (Amran, 2011). Malah, jika dilihat dari segi emosi, pemakanan, jiwa dan fizikal mempengaruhi seseorang untuk mencapai kesejahteraan (Yahaya, 2002; Amran et al., 2012). Faktor dalaman dan luaran sangat mempengaruhi seseorang untuk mencapai kesejahteraan hidup. Ryff dan Keyes (1995; Ryff, 1989) sering mengaitkan kesejahteraan psikologi seseorang berasaskan kepada beberapa elemen utama seperti autonomi, perkembangan kendiri, penguasaan persekitaran, hubungan dengan orang lain, matlamat dalam kehidupan dan penerimaan diri seseorang individu. Pencapaian yang tinggi dan positif dalam kesemua elemen ini menjadikan seseorang itu sejahtera secara dalaman dan luaran sehingga mampu mencapai tahap kebahagiaan berpanjangan. Menurut Karatzias et al., (2006) pula, kesejahteraan psikologi umum ini dikaitkan dengan empat elemen pengukuran iaitu fizikal, mood , kebimbangan dan kendiri/lain-lain. Elemen-elemen ini menjadi asas pembinaan kesejahteraan psikologi seseorang manusia dalam apa sahaja urusan kemanusiaan. Kepentingan kaunseling kelompok ke arah pemangkin pencapaian kesejahteraan psikologi seseorang manusia mendorong keharmonian hidup. Menurut Asmah et al., (2011), kaunseling 176

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy