GABUNG JURNAL 2024

Jurnal Psikologi & Kaunseling PerkhidmatanAwam Malaysia 2024, Bil. 18, ISSN: 2229-810X 175 psikologi. Gangguan psikologi ini pula mempengaruhi kepada kes- kes bunuh diri masa kini yang dikatakan semakin meningkat, iaitu pada tahun 2023 sebanyak 1083 kes, berbanding tahun 2022 dengan 981 kes (Galen Centre, 2024). Perlakuan bunuh diri ini mencerminkan seolah-olah masyarakat kita mengalami permasalahan psikologi. Kemurungan dan gangguan psikologi ini terkesankan hasil daripada kemajuan dan punca-punca peribadi yang sukar untuk diperjelaskan. Keadaan ini menyebabkan pelbagai kes tragis melanda masyarakat dan sekaligus mempengaruhi kesejahteraan psikologi ke atas seseorang manusia. Kesannya, berlaku perubahan terhadap corak kehidupan seharian sama ada melalui perhubungan dengan ahli-ahli keluarga, rakan- rakan dan juga komuniti (Amran et al., 2012). Perkhidmatan kaunseling masa kini menjadi satu perhatian utama memandangkan kepercayaan masyarakat sudah mula positif terhadap hal ini. Perkhidmatan kaunseling bukan sahaja terhad kepada pelajar-pelajar sekolah, malah kepada organisasi kerajaan dan bukan kerajaan yang lain. Jabatan Perkhidmatan Awam (2005) dalam Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 18, tahun 2005 melaksanakan perkhidmatan kaunseling mengikut Panduan Aplikasi Psikologi Dalam Pengurusan Sumber Manusia Sektor Awam. Tujuannya ialah untuk menggunakan pendekatan psikologi dan kaunseling sebagai satu tindakan untuk membangunkan modal insan melalui aspek pembangunan, pencegahan, dan pemulihan. Elemen ini menumpukan kepada pengaplikasian psikologi berteraskan aspek pemikiran, tingkah laku dan emosi seseorang penjawat awam di tempat kerja (Jabatan Perkhidmatan Awam, 2005). Usaha ini berteraskan kepada penambahbaikan yang berterusan untuk mengekalkan pengurusan modal insan sebagai aspek penting perkembangan sahsiah individu. Selain itu, tujuan lain ialah untuk membantu pihak pengurusan menguruskan

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy