GABUNG JURNAL 2024

174 PENGENALAN Perkhidmatan kaunseling yang wujud pada masa kini memainkan peranan penting ke arah pemangkin kesejahteraan psikologi manusia dan mengurangkan permasalahan tingkah laku (Suradi, 2005; Mohamad Nasir, 2005). Pelbagai permasalahan yang melanda masyarakat masa kini adalah disebabkan berlakunya penggugatan elemen kesejahteraan psikologi manusia (Mat Ali & Amran, 2019). Penggugatan ini adalah disebabkan oleh beberapa permasalahan semasa seperti masalah keruntuhan keluarga, penderaan anak-anak, isu rogol, keganasan rumah tangga dan pengabaian ke atas orang tua (Jabatan Kebajikan Masyarakat, 2007). Kesemua permasalahan ini menjadi petanda bahawa inilah permasalahan global yang bukan sahaja berlaku di Malaysia, malah negara-negara lain juga. Kesejahteraan psikologi masyarakat mula tergugat secara dalaman atau luaran selama berdekad lamanya kerana banyak isu-isu psikologi yang tidak mendapat penyelesaian yang sebenarnya (Huppert et al., 2007; Mat Ali & Amran, 2019). Kesejahteraan yang dibina selama ini menjadi petanda bahawa wujudnya kelompongan beberapa perkara kemanusiaan dalam masyarakat. Inilah yang menjadi satu gambaran umum bahawa masyarakat sedang dilanda masalah kesejahteraan psikologi. Manusia merupakan makhluk sosial yang memerlukan interaksi antara satu sama lain dan interaksi itu wujud sama ada secara individu dan berkumpulan yang berlaku sehingga mempengaruhi manusia membuat sesuatu keputusan (Suriati & Muhammad Raini, 2013). Dilihat kepada statistik masyarakat yang akan dilanda penyakit mental pada tahun 2020 akibat daripada tekanan hidup ialah di tempat kedua antara lima penyakit tertinggi di dunia yang menghancurkan masyarakat (Noradilah & Mansor, 2009). Malah, mengikut Persatuan Psikiatrik Malaysia (2010) mencatatkan bahawa 11% atau 2.6 juta penduduk rakyat Malaysia mengalami penyakit mental yang berkaitan dengan kemurungan atau gangguan

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy