GABUNG JURNAL 2024

Selain itu, secara keseluruhannya, tahap kemurungan, kebimbangan dan tekanan penjawat awam di bawah Pentadbiran Setiausaha Kerajaan Negeri Perak adalah sangat membimbangkan melihat kepada jumlah individu yang menunjukkan simptom di tahap teruk dan sangat teruk. Ini menunjukkan keadaan emosi negatif yang sangat ketara. Jika dilihat dengan lebih terperinci, kebimbangan para penjawat awam merekodkan peratusan tertinggi di tahap sederhana, teruk mahupun sangat teruk jika dibandingkan dengan kemurungan dan tekanan. Terdapat banyak faktor yang perlu dipertimbangkan bagi menjelaskan keputusan kajian ini. Wong dan Subhi (2021) melalui kajian di kalangan penjawat awam telah mengesan empat penyumbang utama bagi kemurungan, kebimbangan mahupun tekanan iaitu keluarga, kesihatan, beban kerja dan rakan sekerja. Setiap faktor ini perlu diperhalusi bagi menjaga kebajikan dan menambah baik kesihatan mental pekerja. Program intervensi perlu dijalankan dengan segera sebagai langkah proaktif dalam menangani masalah ini. Lipai (2020) bersetuju bahawa berdasarkan kajian beliau, cara terbaik untuk mengatasi stigma adalah melalui intervensi sokongan sosial dan keyakinan diri. Lenzo et al. (2021) juga berpendapat bahawa intervensi psikologi perlu dipertimbangkan untuk membantu mereka yang menghadapi kemurungan, kebimbangan mahupun tekanan. KESIMPULAN Secara keseluruhannya, penjawat awam di bawah Pentadbiran Setiausaha Kerajaan Negeri Perak menunjukkan stigma kesihatan mental yang membimbangkan dan tahap emosi negatif yang tinggi berdasarkan keputusan tahap kemurungan, kebimbangan dan tekanan yang telah dijalankan. Pelbagai inisiatif berterusan perlu dijalankan dengan kadar segera bagi membantu mereka yang terkesan bagi menangani emosi negatif dan memberi kesedaran terutamanya berkaitan stigma kesihatan mental bagi menjamin kemaslahatan bersama. Individu yang menunjukkan simptom- simptom kemurungan, kebimbangan dan tekanan di tahap teruk dan sangat teruk khususnya perlu dirujuk kepada mereka yang lebih pakar di samping intervensi oleh organisasi berkaitan. 170

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy