GABUNG JURNAL 2024

kesan dan akibat di antara dua pembolehubah yang dikaji, namun menurut Lipai (2020), stigma mampu meramal tekanan psikologi, menggalakkan individu untuk menyembunyikan masalah yang dihadapi sekaligus mengelakkan mereka daripada mendapatkan bantuan daripada professional. Walau bagaimanapun, wujud perbezaan stigma kesihatan mental yang ketara dan signifikan dalam setiap tahap iaitu normal, ringan sederhana, teruk dan sangat teruk. Korelasi yang dilihat juga adalah bersifat negatif seperti di Rajah 1, Rajah 2 dan Rajah 3. Ini bermakna, trend di antara kemurungan, kebimbangan dan tekanan terhadap stigma kesihatan mental adalah berkadar songsang. Penjawat awam yang tidak menunjukkan simptom kemurungan, kebimbangan dan tekanan atau berada di tahap normal bagi ketiga- tiganya didapati mempunyai stigma kesihatan mental yang paling tinggi. Begitu juga sebaliknya, responden yang mempamerkan simptom kemurungan, kebimbangan dan tekanan yang melampau atau berada di tahap teruk dan sangat teruk dilihat mempunyai stigma kesihatan mental yang rendah. Implikasinya, dapat dilihat bahawa mereka yang menunjukkan simptom-simptom kesihatan mental seperti kemurungan, kebimbangan dan tekanan ini tidak mendiskriminasi dan lebih memahami bahawa penyakit mental tidak mendefinisikan individu tersebut. Hal ini adalah kerana stigma itu sendiri wujud akibat kurang kefahaman dan ketakutan tanpa asas disebabkan faktor media dan sebagainya (Jeffrey Borenstein, 2020). Namun begitu, dapatan ini bercanggah dengan kajian oleh Trigueros et al (2022) yang mendapati hubungan positif di antara stigma, kemurungan, kebimbangan dan tekanan. Ini bermakna, semakin tinggi stigma, semakin tinggi juga kemurungan, kebimbangan dan tekanan. Dapat disimpulkan bahawa stigma kesihatan mental, kemurungan, kebimbangan dan tekanan terbukti adalah saling berkait namun arah perkaitan samada negatif atau positif perlu dikaji dengan lebih banyak lagi. Jurnal Psikologi & Kaunseling PerkhidmatanAwam Malaysia 2024, Bil. 18, ISSN: 2229-810X 169

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy