GABUNG JURNAL 2024

Jurnal Psikologi & Kaunseling PerkhidmatanAwam Malaysia 2024, Bil. 18, ISSN: 2229-810X 5 METODOLOGI KAJIAN Kajian dijalankan secara tinjauan kuantitatif dengan kaedah persampelan rawak mudah melibatkan seramai 481 orang responden daripada 618 orang kakitangan pelbagai gred dan jawatan di Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang. Soal selidik menggunakan Depression Anxiety Stress Scale (DASS-21) dan Emotional Intelligence Scale yang dibangunkan oleh Schutte at al. pada 1997 telah diedarkan kepada semua responden mengikut bahagian. Kesemua responden berjaya menjawab serta memberikan maklum balas bagi semua soalan tersebut. Data yang telah dikumpul telah dianalisis dengan menggunakan Statistical Package for Social Sciences (SPSS versi 29.0) . Bagi kajian ini, analisis deskriptif diaplikasikan bagi menganalisis ciri-ciri demografi seperti jantina, gred dan jawatan pekerjaan, status perkahwinan serta tempoh perkhidmatan. Manakala analisis inferensi pula mengkaji hubungan dan pengaruh tahap kecerdasan emosi terhadap tahap tekanan, kebimbangan dan kemurungan. Terdapat tiga bahagian bagi soal selidik ini iaitu Bahagian A: Demografi, Bahagian B: Soal Selidik Depression Anxiety Stress Scale (DASS-21) dan Bahagian C: Emotional Intelligence Scale . Bagi soal selidik DASS-21 mengandungi 21 item yang mana mengukur tiga kategori iaitu Tekanan, Kebimbangan dan Kemurungan dengan menggunakan Skala Likert iaitu Tidak Pernah Sama Sekali (0), Jarang (1), Kerap (2) dan Sangat Kerap (3). Inventori DASS-21 telah diperkenalkan oleh Lovibond dan Lovibond (1995) dengan nilai kebolehpercayaan yang baik iaitu 0.79. Manakala bagi Emotional Intelligence Scale mengandungi 33 item dengan skala pemarkahan menggunakan Skala Likert iaitu Sangat Tidak Setuju (1), Tidak Setuju (2), Tidak Pasti (3), Setuju (4) dan Sangat Setuju (5). Inventori ini diasaskan oleh Schutte et al (1997) dengan nilai kebolehpercayaan bagi soal selidik ini adalah kuat iaitu 0.90. telah dialih bahasa kepada Bahasa Melayu oleh Teh Fui Kim

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy