GABUNG JURNAL 2024

Hasil analisis regresi ke atas 110 orang pekerja kumpulan sokongan di sebuah universiti awam Malaysia menunjukkan kecerdasan emosi memberikan kesan yang lemah dan signifikan kepada prestasi kerja dalam kumpulan sokongan (Nor Aqilah et al., 2021) . Ini menunjukkan bahawa tahap kecerdasan emosi yang baik dalam kalangan pekerja sokongan adalah penting untuk meningkatkan prestasi kerja di tempat kerja. Walau bagaimanapun kajian ke atas 354 orang guru sekolah menengah dan rendah di Selangor mendapati kecerdasan emosi mempunyai hubungan yang positif terhadap kesejahteraan kesihatan mental guru (Omar, Intan Marfarrina dan Mamat, 2022). Hasil pelaksanaan kajian ini mendapati bahawa kecerdasan emosi yang positif dan efektif menjadikan seorang guru memiliki keperibadian yang cerdas melalui kawalan satu atau lebih corak emosi yang dapat digunakan untuk mengawal pemikiran dan tindakan sewaktu melaksanakan tugas. OBJEKTIF Objektif kajian ini adalah untuk: a) Mengkaji hubungan kecerdasan emosi dengan tahap tekanan, kebimbangan dan kemurungan dalam kalangan Kakitangan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang; dan b) Mengkaji pengaruh kecerdasan emosi terhadap tahap tekanan, kebimbangan dan kemurungan dalam kalangan Kakitangan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang. 4

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy