GABUNG JURNAL 2024
2 PENGENALAN Kesihatan mental di kalangan penjawat awam kian mendapat perhatian dan ada di antaranya terjejas akibat menghadapi pelbagai cabaran yang begitu kompleks pada masa kini. Keadaan kesihatan mental yang stabil ialah suatu keadaan kesejahteraan yang membolehkan individu menghadapi tekanan normal kehidupan, menyedari keupayaan, mempelajari sesuatu dengan baik, dapat bekerja dengan produktif dan mampu memberi sumbangan kepada masyarakat Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO). Menurut, Gabriel dan Liimatainen (2000) individu yang mempunyai kesihatan mental yang tidak baik akan memberi kesan kepada kefungsian diri dan menjejaskan pekerjaan dalam pelbagai bentuk termasuklah ketidakhadiran bekerja, sering cuti sakit dan produktiviti kerja yang semakin berkurangan. Faudziah et al. (2022) dalam kajian literatur sistematik kesihatan mental di Malaysia mendapati bahawa individu yang mempunyai tahap kesihatan mental yang rendah akan mengalami kesukaran berfikir dan membuat keputusan yang mudah, cepat terasa dan beremosi dengan orang disekelilingnya. Aspek psikologi yang berkait rapat dengan kecerdasan emosi dan ketahanan mental merupakan salah satu faktor penting dalam memastikan seseorang pekerja berada pada tahap prestasi kerja yang optimum. Kajian ke atas pemain bola sepak Firdaus dan Muhd Khairi (2022) mendapati faktor penting bagi seseorang pemain bola sepak itu berada pada tahap prestasi yang optimum dengan menitikberatkan kecerdasan emosi dan ketahanan mental para pemain berdasarkan Teori U-Inverted prestasi pemain akan berada pada tahap yang optimum jika psikologi mereka juga berada tahap yang sama. Kajian Intan Marfarina dan Simah Mamat (2022) terhadap kecerdasan emosi dan kesihatan mental guru di Malaysia mendapati kecerdasan emosi mempunyai hubungan yang positif terhadap kesejahteraan kesihatan mental guru di Malaysia. Kajian ini memberi implikasi terhadap impak dan strategi daya tindak sebagai pendekatan yang bersesuaian dalam pengurusan kesejahteraan kesihatan mental golongan guru di Malaysia.
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy