GABUNG JURNAL 2024

Tahap Kemurungan, Kebimbangan dan Tekanan Berdasarkan analisis data yang telah dijalankan, secara keseluruhannya tahap kemurungan, kebimbangan dan tekanan di Pentadbiran Setiausaha Perak tahun 2023 berada di tahap yang normal. Tahap bagi setiap dimensi kemurungan, kebimbangan dan tekanan boleh dilihat di Jadual 5 di bawah. Jadual 5 : Tahap Kemurungan, Kebimbangan dan Tekanan Secara Keseluruhan Dimensi Kemurungan Kebimbangan Tekanan N % N % N % Normal 4596 73.5 3712 59.3 5481 87.6 Ringan 820 13.1 704 11.3 469 7.5 Sederhana 686 11.0 1369 21.9 215 3.4 Teruk 98 1.6 264 4.2 79 1.3 Sangat Teruk 55 0.9 206 3.3 11 0.2 Data menunjukkan responden bagi ketiga-tiga dimensi kemurungan, kebimbangan dan tekanan majoritinya berada di tahap yang normal. Namun, dimensi tekanan mempunyai tahap normal tertinggi dengan jumlah 5481 orang (87.6%). Selain itu, dimensi kemurungan juga mempunyai tahap ringan tertinggi dengan 820 responden (13.1). Seterusnya, tahap sederhana, teruk dan sangat teruk didominasikan oleh dimensi kebimbangan sekali lagi dengan masing-masing berjumlah 1369 orang (21.9%), 264 orang (4,2%) dan 206 orang (3.3%). Jurnal Psikologi & Kaunseling PerkhidmatanAwam Malaysia 2024, Bil. 18, ISSN: 2229-810X 117

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy