GABUNG JURNAL 2024

teruk. Jadual 3 menunjukkan interpretasi bagi skor DASS-21 mengikut tahap kemurungan, kebimbangan dan tekanan. Jadual 3 : Interpretasi bagi skor DASS-21 Analisis ANOVA satu hala telah dijalan bagi menyiasat sama ada setiap tahap bagi kemurungan, kebimbangan dan tekanan mempunyai kesan yang boleh diukur terhadap stigma kesihatan mental. Keputusan ANOVA satu halu bagi ketiga-tiga kemurungan, kebimbangan dan tekanan mendapati wujud variasi stigma kesihatan mental di setiap tahap. Bagi faktor kemurungan min tertinggi bagi stigma kesihatan mental adalah sebanyak 1.47 di tahap normal dan min terendah adalah sebanyak 1.18 di tahap sangat teruk. Manakala, faktor kebimbangan juga mencatatkan min tertinggi sebanyak 1.47 di tahap normal dan min terendah sebanyak 1.37 di tahap sangat teruk. Akhir sekali, faktor tekanan telah mencatatkan min tertinggi sebanyak 1.46 di tahap normal dan min terendah sebanyak 1.09 di tahap sangat teruk. Perbezaan min stigma kesihatan mental tertinggi dan terendah bagi ketiga-tiga kemurungan, kebimbangan dan tekanan adalah sebanyak .29 (p< .001) , .10 (p<.002) dan .37 (p< .001). Jadual 4 menunjukkan perbezaan stigma kesihatan mental mengikut tahap bagi kemurungan, kebimbangan dan tekanan. Tahap Kemurungan Kebimbangan Tekanan Normal 0 - 5 0 - 4 0 - 7 Ringan 6 - 7 5 - 6 8 - 9 Sederhana 8 - 10 7 - 8 10 - 13 Teruk 11 - 14 9 - 10 14 - 17 Sangat Teruk 15+ 11+ 18+ Jurnal Psikologi & Kaunseling PerkhidmatanAwam Malaysia 2024, Bil. 18, ISSN: 2229-810X 113

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy