GABUNG JURNAL 2024
kebimbangan dan tekanan, maka semakin rendah stigma terhadap kesihatan mental dan sebaliknya. Jadual 2 menunjukkan korelasi statistik yang signifikan tetapi negatif diantara kemurungan (r = - .077, p< .01), kebimbangan (r = -.053, p< .01) dan tekanan (r = - .068, p< .01) terhadap stigma kesihatan mental . Keputusan korelasi negatif bermaksud semakin tinggi simptom-simptom kemurungan, kebimbangan dan tekanan, maka semakin rendah stigma terhadap kesihatan mental dan sebaliknya. Jadual 2 menunjukkan korelasi antara kemurungan, kebimbangan dan tekanan terhadap stigma kesihatan mental. Jadual 2 : Korelasi antara Kemurungan, Kebimbangan dan Tekanan terhadap Stigma Kesihatan Mental **. Korelasi adalah signifikan pada tahap 0.01 (2-tailed). Faktor Stigma Kesihatan Mental r P Kemurungan -.077** 0.001* Kebimbangan -.053** 0.001* Tekanan -.068** 0.001* Perbezaan Stigma Kesihatan Mental Mengikut Tahap bagi Dimensi Kemurungan, Kebimbangan dan Tekanan Kemurungan, kebimbangan dan tekanan mempunyai lima tahap berbeza iaitu bermula daripada normal, ringan, sederhana, teruk dan sangat teruk. Bagi kemurungan, jumlah skor kosong sehingga lima adalah normal, enam sehingga tujuh adalah ringan, lapan sehingga 10 adalah sederhana, 11 sehingga 14 adalah teruk dan skor 15 keatas adalah tahap sangat teruk. Bagi kebimbangan pula, skor kosong sehingga empat adalah normal, lima sehingga enam adalah ringan, tujuh sehingga lapan adalah sederhana, sembilan sehingga 10 adalah teruk dan skor 11 keatas adalah sangat teruk. Manakala, skor kosong sehingga tujuh adalah normal bagi tekanan, lapan sehingga sembilan adalah ringan, 10 sehingga 13 adalah sederhana, 14 sehingga 17 adalah teruk dan skor 18 keatas di tahap yang sangat 112
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy