GABUNG JURNAL 2024
105 Jurnal Psikologi & Kaunseling PerkhidmatanAwam Malaysia 2024, Bil. 18, ISSN: 2229-810X (93%), berbanding bangsa Cina dan India dengan masing-masing berjumlah 28 orang (0.04%) dan 346 orang (5.5%). Begitu juga dengan agama, Islam mencatatkan bilangan tertinggi sebanyak 5853 orang (93.6%) manakala agama Buddha, Hindu dan Kristian masing-masing sebanyak 22 orang (0.4%), 284 orang (4.5%) dan 81 orang (0.2%). Lain-lain bangsa dan agama pula mencatatkan sebanyak 61 orang (1.0%) dan 15 orang (0.2%). Sebanyak 5154 orang (82.4%) responden sudah berkahwin manakala 183 orang (2.9%) daripada jumlah keseluruhan adalah ibu atau bapa tunggal. 918 orang (14.7%) daripada responden pula masih belum berkahwin. Dari segi tahap pendidikan, responden yang mempunyai UPSR, PMR atau SRP mencatatkan sebanyak 768 orang (12.3%), manakala SPM atau STPM pula sebanyak 2720 orang (43.5). Di peringkat Ijazah Sarjana Muda, Ijazah Sarjana dan PhD pula masing-masing mencatatkan 850 orang (13.8%), 105 orang (1.7%) dan 4 orang (0.1%). Dari segi tempoh perkhidmatan, responden yang bekerja kurang satu tahun adalah sebanyak 313 orang (5.0%) manakala satu hingga 10 tahun adalah sebanyak 2471 orang (39.5%). Tempoh perkhidmatan 11 hingga 20 tahun dan 21 hingga 30 tahun masing- masing mencatatkan bilangan sebanyak 2028 orang (32.4%) dan 1084 orang (17.3%). 31 hingga 40 tahun pula adalah seramai 323 orang (5.2) dan minoriti tempoh perkhidmatan melebihi 41 tahun adalah sebanyak 35 orang (0.6%). Dari 58 jabatan kerajaan di negeri Perak yang terlibat, responden daripada Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak adalah seramai 316 orang (5.1%) manakala Pejabat Kewangan Negeri Perak pula adalah seramai 7 orang (0.1%). Pejabat Tanah dan Galian Negeri Perak pula mencatatkan sebanyak 138 orang (2.2%) dan Jabatan Agama Islam Negeri Perak ialah seramai 318 orang (5.1%). Jabatan Mufti Negeri Perak pula dengan jumlah 7 orang(0.1%) manakala Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Perak dengan jumlah seramai 105 orang (1.7%). Jabatan Pendakwaan Syariah Negeri
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy