GABUNG JURNAL 2024

104 normal, ringan, sederhana, teruk dan sangat teruk. Nilai kebolehpercayaan soal selidik dalam kajian ini adalah bernilai Alpha Cronbach .81, .89 dan .78 bagi kemurungan, kebimbangan dan tekanan (Coker et al., 2018) dan ia menunjukkan kebolehpercayaan yang tinggi. Bahagian C: Perceived Devaluation Discrimination Scale (PDDS) Bahagian C pula mengandungi soal selidik Perceived Devaluation Discrimination Scale (PDDS) daripada Link (1987) yang terdiri daripada 12 item menggunakan Likert Scale daripada 0 sehingga 3. 0 merujuk kepada ‘Tidak Pernah Sama Sekali, 1 merujuk kepada ‘Jarang’, 2 merujuk kepada ‘Kerap’ dan 3 merujuk kepada ‘Sangat Kerap’. PDDS mampu mengukur persepsi individu tentang sejauh mana individu lain akan merendahkan serta mendiskriminasi golongan yang mempunyai masalah kesihatan mental. Nilai kebolehpercayaan soal selidik dalam kajian ini adalah bernilai Alpha Cronbach .71 (Hadera et al., 2019) dan ia menunjukkan kebolehpercayaan yang tinggi. KEPUTUSAN Demografi Responden Sampel bagi kajian ini diambil di kalangan penjawat awam dari pelbagai jabatan kerajaan di bawah Pentadbiran Setiausaha Kerajaan Negeri Perak sebanyak 6225 responden. Responden yang terlibat dalam soal selidik ini adalah 4179 orang (66.8%) jantina lelaki manakala 2076 orang (33.2%) jantina perempuan. Bagi umur pula, terdapat 2 kategori iaitu 19 tahun hingga 30 tahun dan 31 hingga 60 tahun dengan masing-masing berjumlah 1182 orang (18.8%) dan 5059 orang (81.2%). Dalam pada itu, terdapat 3 bangsa utama yang terlibat dalam kajian ini termasuk Melayu, Cina, India dan selainnya lain-lain. Bangsa Melayu mencatatkan bilangan tertinggi dengan jumlah 5820 orang

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy