GABUNG JURNAL 2024

103 sosial. Jurnal Psikologi & Kaunseling PerkhidmatanAwam Malaysia 2024, Bil. 18, ISSN: 2229-810X Prosedur Kajian Kajian ini dijalankan secara atas talian menggunakan Google Form melalui pautan https://forms.gle/wwNHXvPLREbFHbdz8 kepada 55 jabatan kerajaan di bawah Pentadbiran Setiausaha Kerajaan Negeri Perak. Soal selidik ini terdiri daripada tiga bahagian iaitu Bahagian A, mengandungi maklumat demografi, Bahagian B, mengandungi soal selidik Depression, Anxiety Stress Scale (DASS- 21 ) dan Bahagian C, mengandungi soal selidik Perceived Devaluation Discrimination Scale (PDDS). Data yang diperoleh dikumpul bagi tujuan analisis. Kajian ini bermula 13 April 2023 sehingga 8 Mei 2023. Reka Bentuk Kajian Kajian dijalankan ialah kajian kuantitatif yang menggunakan soal selidik secara atas talian. Instrumen Kajian Bahagian A: Maklumat Demografi Bahagian A dalam soal selidik ini bertujuan untuk mendapatkan maklumat latar belakang responden termasuk jantina, umur, tahap pendidikan, agama, bangsa, status perkahwinan, tempoh perkhidmatan dan tempat bekerja dan bahagian (khusus untuk warga kerja SUK Perak). Bahagian B: Depression, Anxiety Stress Scale (DASS-21) Bahagian B pula mengandungi soal selidik Depression, Anxiety Stress Scale (DASS-21) daripada Lovibond dan Lovibond (1995) yang terdiri daripada 21 item menggunakan Likert Scale daripada 0 sehingga 3. 0 merujuk kepada ‘Tidak Pernah Sama Sekali, 1 merujuk kepada ‘Jarang’, 2 merujuk kepada ‘Kerap’ dan 3 merujuk kepada ‘Sangat Kerap’. DASS-21 mampu mengukur tahap kemurungan, kebimbangan dan tekanan individu meliputi tahap

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy