GABUNG JURNAL 2024

102 aktiviti harian dalam tempoh masa dua minggu hingga berbulan atau tahun lamanya jika tidak dibantu. Institut Kesihatan Mental Kebangsaan pula menjelaskan kebimbangan atau anxiety sebagai kerisauan yang melampau sehinggakan mengganggu fungsi harian dan prestasi kerja mahupun hubungan dengan orang lain dalam tempoh yang lama. Tekanan atau stres pula merujuk kepada reaksi terhadap satu bentuk tekanan atau desakan. Namun begitu, bukan setakat masalah peningkatan kes kemurungan, kebimbangan dan tekanan sahaja yang perlu dibimbangkan, namun juga masalah tindakan individu yang tidak melaporkan sekaligus menolak bantuan profesional. Menurut Henderson et al. (2013), hampir 70 peratus daripada mereka yang mengalami masalah kesihatan mental tidak menerima bantuan professional. Stigma kesihatan mental merupakan salah satu faktor mendorong kepada fenomena ini. Vogel et al. (2009) berpendapat, ketakutan untuk didiskriminasi masyarakat sekeliling sering menjadi penghalang untuk berjumpa pakar. Menurut akhbar tempatan, rakyat Malaysia menganggap individu yang mengalami masalah kesihatan mental sebagai lemah atau mengada-ngada sehinggakan isu ini menjadi satu tabu (Mat Ruzki, 2021). Dengan keadaan yang sedemikian, jelas bahawa stigma kesihatan mental ini merupakan isu yang perlu segera ditangani demi memastikan masalah kesihatan mental seperti kemurungan, kebimbangan, tekanan dan lain-lain juga dapat diberi rawatan. METODOLOGI KAJIAN Sampel Kajian Sampel bagi kajian ini adalah merupakan penjawat awam di bawah Pentadbiran Setiausaha Kerajaan Negeri Perak bagi tahun 2023. Jenis persampelan yang digunakan dalam kajian ini adalah teknik persampelan rawak mudah ( convenient sampling ). Seramai 6255 orang penjawat awam yang bekerja di pelbagai organisasi telah mengambil bahagian dalam kajian yang dijalankan.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy