GABUNG JURNAL 2024
101 Jurnal Psikologi & Kaunseling PerkhidmatanAwam Malaysia 2024, Bil. 18, ISSN: 2229-810X and awareness programs addressing mental health illness and stigma need to be done for the betterment of the future. KEYWORDS : depression, anxiety, stress, mental health stigma, government servants, workplace PENGENALAN Penjawat awam merupakan jentera kerajaan bagi membangunkan sesebuah negara. Sehingga tahun 2021, Malaysia mempunyai kira- kira 1.7 juta penjawat awam dalam pelbagai sektor dan bidang (Sejahan, 2021). Namun begitu, dalam era pasca pandemik ini, bukan sahaja penjawat awam malah semua rakyat Malaysia pasti sedikit sebanyak terkesan akibat krisis kesihatan dan kewangan yang melanda. Menurut kajian oleh Koo et al. (2022), pandemik Covid-19 yang lalu telah menunjukkan kesan psikologi sederhana sehingga sangat teruk kepada golongan yang bekerja terutamanya. Kajian oleh Cockburn et al. (2022) juga menunjukkan kesan yang negatif terhadap kesejahteraan emosi berikutan perubahan yang berlaku disebabkan pandemik yang lepas. Kebanyakkan gangguan yang dialami oleh pekerja secara amnya adalah seperti insomnia, ketakutan, kemurungan, kebimbangan serta stres (Koo et al., 2022). Hal ini amat membimbangkan kerana keadaan emosi negatif bukan sahaja mengurangkan keyakinan diri malah mampu mempengaruhi individu daripada meminta bantuan professional (Wan Zukiman et al., 2017). Keadaan emosi negatif paling mudah diterjemahkan melalui simptom-simptom kemurungan, kebimbangan dan tekanan. Kemurungan, kebimbangan dan tekanan juga merupakan satu fenomena masalah psikologi paling meluas berlaku dalam kalangan mereka yang bekerja (Husain et al., 2014). Menurut laman sesawang Kementerian Kesihatan, kemurungan ataupun depression merupakan satu gangguan emosi melibatkan kesedihan yang berpanjangan, keletihan, mudah marah dan hilang minat melibatkan
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy