GABUNG JURNAL 2024

95 Jurnal Psikologi & Kaunseling PerkhidmatanAwam Malaysia 2024, Bil. 18, ISSN: 2229-810X 1. Peningkatan Program Literasi Kesihatan Mental di Tempat Kerja Pelaksanaan program literasi secara berkala seperti seminar, bengkel, dan modul e-pembelajaran dapat meningkatkan tahap pengetahuan pekerja tentang kesihatan mental, simptom awal gangguan psikologi, dan saluran bantuan yang sah. 2. Pengurangan Stigma melalui Kempen Kesedaran Organisasi Kempen yang bersifat menyeluruh dan sistematik perlu digerakkan untuk menentang stigma terhadap isu kesihatan mental. Sokongan terbuka daripada pihak pengurusan tertinggi dapat membantu mewujudkan persekitaran kerja yang lebih menyokong dan terbuka. 3. Penyediaan Saluran Bantuan Psikologi yang Mudah Diakses Perkhidmatan seperti talian bantuan dalaman, sesi kaunseling atas talian, serta sokongan rakan sebaya ( peer support ) wajar diperluas agar lebih mesra pengguna dan tidak membebankan pekerja dari segi masa dan logistik. 4. Latihan Kepimpinan Kesihatan Mental kepada Penyelia dan Pengurus Pemimpin di peringkat jabatan perlu dilatih untuk mengenal pasti tanda-tanda awal tekanan dalam kalangan staf dan bertindak sebagai penghubung awal kepada perkhidmatan psikologi yang disediakan. 5. Kajian Lanjutan ke atas Populasi dan Sektor Berbeza Kajian ini terhad kepada penjawat awam di peringkat negeri Selangor. Kajian masa hadapan boleh diperluaskan kepada sektor swasta, penjawat persekutuan, atau kumpulan umur dan latar belakang budaya yang berbeza bagi mendapatkan gambaran yang lebih komprehensif.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy