GABUNG JURNAL 2024
94 KESIMPULAN DAN CADANGAN Kesimpulan Kajian ini telah memberi gambaran menyeluruh tentang tahap literasi kesihatan mental, tekanan psikologi, dan sikap mencari bantuan profesional psikologi dalam kalangan warga kerja Pentadbiran Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor. Secara keseluruhannya, dapatan menunjukkan bahawa tahap literasi kesihatan mental dan sikap pencarian bantuan profesional adalah pada tahap sederhana dan baik, manakala tahap tekanan psikologi majoritinya berada dalam julat normal. Analisis lanjut menunjukkan bahawa literasi kesihatan mental mempunyai hubungan positif yang signifikan dengan sikap mencari bantuan profesional psikologi, manakala tekanan psikologi menunjukkan hubungan negatif yang signifikan terhadap sikap tersebut. Hasil regresi berganda mengesahkan bahawa kedua-dua faktor ini, iaitu literasi kesihatan mental dan tekanan psikologi, memberikan sumbangan penting terhadap pembentukan sikap pencarian bantuan. Penemuan ini menyokong teori tingkah laku terancang (Ajzen, 1991), di mana niat tingkah laku seperti mendapatkan bantuan profesional dipengaruhi oleh sikap individu, norma subjektif, dan kawalan tingkah laku yang dirasakan. Dalam konteks kajian ini, pengetahuan kesihatan mental bertindak sebagai asas kognitif yang memperkukuh sikap positif, manakala tekanan psikologi yang tidak dikawal boleh melemahkan niat dan keupayaan individu untuk bertindak. Cadangan Berdasarkan penemuan kajian ini, beberapa cadangan boleh dikemukakan seperti berikut:
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy