GABUNG JURNAL 2024

93 Jurnal Psikologi & Kaunseling PerkhidmatanAwam Malaysia 2024, Bil. 18, ISSN: 2229-810X mencari bantuan manakala tekanan psikologi yang tinggi cenderung melemahkan kecenderungan tersebut. Kajian Moss et al. (2022) turut menyokong dapatan ini, apabila mereka mendapati bahawa individu dengan literasi kesihatan mental yang tinggi lebih berkemungkinan untuk mendapatkan bantuan, manakala mereka yang mengalami tekanan psikologi pada tahap tinggi menunjukkan skor sikap pencarian bantuan yang rendah. Secara keseluruhannya, kajian ini membuktikan bahawa pengetahuan kesihatan mental dan tekanan emosi yang dialami pekerja saling mempengaruhi kecenderungan mereka untuk mendapatkan bantuan profesional. Dapatan ini membawa implikasi penting kepada pengamal kesihatan mental, khususnya dalam kalangan penjawat awam. Kajian ini mencadangkan agar program literasi kesihatan mental diperluas secara strategik di peringkat organisasi bagi meningkatkan kesedaran, mengurangkan stigma, dan memperkukuh akses kepada perkhidmatan psikologi. Dari sudut praktikal, pihak pengurusan sumber manusia dan unit psikologi di sektor awam perlu membangunkan intervensi yang lebih inklusif dan mudah dicapai, termasuk talian sokongan, sesi kaunseling berkala, serta kempen kesedaran dalaman. Pelbagai pendekatan juga boleh digembleng untuk memastikan kebolehcapaian perkhidmatan kepada kumpulan sasar, seperti penggunaan teknologi digital, konsultasi hibrid, serta sokongan rakan sebaya yang terlatih. Secara keseluruhannya, walaupun tahap literasi kesihatan mental, tekanan psikologi, dan sikap pencarian bantuan dalam kalangan warga kerja Pentadbiran Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor berada pada tahap yang baik, masih wujud ruang untuk penambahbaikan melalui intervensi pendidikan dan sistem sokongan organisasi. Penemuan kajian ini bukan sahaja memperkukuh dapatan literatur terdahulu, malah menyediakan asas kukuh untuk pembangunan dasar dan amalan pengurusan kesihatan mental di tempat kerja.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy