GABUNG JURNAL 2024
92 PERBINCANGAN Dapatan kajian ini memberikan gambaran jelas bahawa literasi kesihatan mental memainkan peranan penting dalam membentuk sikap positif terhadap pencarian bantuan profesional psikologi. Hasil analisis menunjukkan bahawa semakin tinggi tahap literasi kesihatan mental seseorang individu, semakin tinggi kecenderungan mereka untuk mendapatkan bantuan psikologi apabila berhadapan dengan tekanan emosi. Penemuan ini adalah selari dengan kajian Yang et al. (2023) yang menunjukkan hubungan positif antara literasi kesihatan mental dan sikap pencarian bantuan profesional. Kajian oleh Wulf (2022) turut menyokong dapatan ini apabila didapati bahawa peningkatan literasi kesihatan mental bukan sahaja menambah pengetahuan individu, malah mampu mengurangkan stigma yang menjadi penghalang utama pencarian bantuan. Selain itu, kajian ini turut menunjukkan bahawa tekanan psikologi yang tinggi mempunyai hubungan negatif dengan sikap mencari bantuan profesional psikologi. Individu yang mengalami tahap tekanan psikologi yang tinggi cenderung untuk tidak mendapatkan bantuan, mungkin disebabkan oleh faktor keletihan mental, stigma diri, atau persepsi bahawa rawatan tidak akan membantu. Penemuan ini sejajar dengan kajian Yamauchi, Suka dan Yanagisawa (2020) yang mendapati bahawa pekerja dengan skor tekanan psikologi yang tinggi mempunyai kecenderungan yang rendah untuk mencari bantuan. Kajian Boerema et al. (2016) pula menunjukkan bahawa hanya mereka yang mengalami kemurungan berpanjangan dan memiliki tahap stigma yang rendah lebih berkemungkinan untuk mendapatkan sokongan profesional. Selanjutnya, analisis regresi berganda mengesahkan bahawa literasi kesihatan mental dan tekanan psikologi merupakan peramal signifikan kepada sikap pencarian bantuan. Hasil ini sejajar dengan kajian oleh Gorczynski et al. (2017), yang mendapati bahawa literasi kesihatan mental secara positif mempengaruhi sikap
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy