GABUNG JURNAL 2024
89 Jurnal Psikologi & Kaunseling PerkhidmatanAwam Malaysia 2024, Bil. 18, ISSN: 2229-810X Tahap Tekanan Psikologi dan Sikap Mencari Bantuan Profesional Psikologi Sebaliknya, Jadual 7 menunjukkan bahawa terdapat hubungan negatif yang signifikan antara tekanan psikologi dan sikap mencari bantuan ( r = –.133, p < .01 ). Ini bermaksud peningkatan tekanan psikologi dikaitkan dengan penurunan kecenderungan untuk mendapatkan bantuan profesional, berkemungkinan disebabkan oleh stigma atau hilangnya motivasi akibat beban emosi yang tinggi. Jadual 7: Analisis Korelasi antara Tekanan Psikologi dengan Sikap Mencari Bantuan Profesional Psikologi Pengaruh Literasi Kesihatan Mental dan Tahap Tekanan Psikologi Terhadap Sikap Mencari Bantuan Profesional Psikologi Bagi menguji objektif kajian, sebuah analisis regresi berganda telah dilaksanakan untuk mengenalpasti pengaruh literasi kesihatan mental dan tahap tekanan psikologi terhadap sikap mencari bantuan profesional psikologi. Jadual 8 dan 9 di bawah merangkumi hasil analisis regresi linear berganda yang menunjukkan bahawa model regresi adalah signifikan ( F = 889.805, p < .001 ) dan nilai R² = 0.171 , yang menunjukkan bahawa 17.1% daripada variasi dalam sikap pencarian bantuan dapat dijelaskan oleh literasi kesihatan mental dan tekanan psikologi. Sikap mencari bantuan profesional psikologi Tekanan Psikologi Pearson Correlation -.133 ** Sig. (2-tailed) <.001
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy