GABUNG JURNAL 2024
ⅸ Jurnal Psikologi & Kaunseling PerkhidmatanAwam Malaysia 2024, Bil. 18, ISSN: 2229-810X emosi, pemikiran rasional, dan sesi terapeutik. Keberkesanannya bergantung kepada pelaksanaan yang betul, sistem yang digunakan, serta peranan ahli dan fasilitator. Hasil kajian ini dapat menjadi panduan dalam pembangunan modul kaunseling kelompok pada masa hadapan, membuktikan bahawa kesejahteraan psikologi boleh dicapai melalui personaliti yang baik dan positif. Artikel kelapan “Kesahan Dan Kebolehpercayaan Saringan Kesejahteraan Psikologi 3A Untuk Warga Emas” mengkaji kepentingan kesejahteraan psikologi warga emas bagi meningkatkan daya tahan diri mereka. Saringan Kesejahteraan Psikologi 3A telah dibangunkan untuk mengenal pasti isu dan tahap kesejahteraan psikologi warga emas di Institusi Jabatan Kebajikan Masyarakat. Saringan ini membantu Pegawai Psikologi dalam merancang intervensi psikologi dan kaunseling yang sesuai. Artikel kesembilan “Pengaruh Trait Personaliti Terhadap Kejelekitan Kelompok Kerja” mengkaji pengaruh trait personaliti terhadap kejelekitan kelompok kerja dalam pasukan bola sepak di Malaysia serta perbezaannya berdasarkan umur dan posisi pemain. Kajian ini melibatkan 252 pemain Liga Perdana dan Liga Super menggunakan soal selidik NEO FFI dan Group Cohesiveness Scale. Analisis data melalui SPSS versi 26 menunjukkan bahawa trait extraversi, kehematan, dan keterbukaan mempunyai pengaruh signifikan terhadap kejelekitan kelompok kerja, namun tiada perbezaan signifikan berdasarkan umur dan posisi pemain. Dapatan ini mencadangkan modul pembangunan holistik berpandukan Dasar Sukan Negara serta menyarankan Kementerian Belia dan Sukan, FAM, dan persatuan bola sepak merangka pelan tindakan untuk meningkatkan kejelekitan kelompok dalam kalangan pemain.
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy