JPA Daily Buzz - Edisi 9/2025
m/s 2 Pernah rasa semut-semut di tangan atau kaki? Ha, itu bukan “masuk angin” tau, bukan juga sebab duduk bersila lama sangat. Itu tanda kekurangan vitamin B12 . Atau bila kepala asyik fikir pasal nak makan tapi baru lepas nasi lemak ni, dah terbayang pula bihun goreng, itu badan tengah bagi hint , “Aku perlukan protein , bukan manisan.” Semua ni bukan kebetulan, bukan “nasib badan.” Ini semua cara badan kita bercakap. Masalahnya kita tak dengar. Kita dengar notifikasi, dengar orang panggil, tapi bila badan bagi isyarat... kita ignore . Jangan macam tu, sesekali dengar cakap badan kita ok. Kadang-kadang badan cuma nak kita berhenti sekejap. Minum air. Tarik nafas panjang. Berdiri dan regangkan bahu. Dia tak perlukan ubat ajaib. Dia cuma nak dihargai. Kita selalu lupa, badan ni kerja 24 jam tanpa cuti . Dia tanggung semua beban yang otak cipta. Kalau emosi berat, dia simpan di dada. Kalau tekanan banyak, dia kunci di rahang. Kalau terlalu penat, dia bagi signal, tapi kita panggil “alah biasalah, kerja banyak.” Padahal badan tak pernah tipu. Dia tak tahu berlakon kuat bila sebenarnya dah haus, lapar, tegang, tak cukup zat. Kalau difikirkan, badan ni sebenarnya pekerja paling setia dalam hidup kita. Tak pernah MC, tak pernah ambil cuti tahunan, tak pernah minta elaun. Dari kita lahir sampai sekarang, dia kerja siang malam. Kita makan tak jaga pun, dia masih cuba betulkan. Kita kurang tidur, dia masih tolong kita berfikir. Kita stress , dia simpan tekanan tu diam-diam. Lama-lama, bila dah tak tahan, barulah dia bagi signal sebab itu cara dia menjerit tanpa suara. Sebab tu, bila badan bagi tanda, jangan cepat panik, jangan cepat tuduh diri lemah, dan tolonglah, jangan terus cari bomoh. Kadang bukan saka, bukan sihir cuma kekurangan zat. Oops. Orang dulu-dulu sihat walaupun tiada vitamin hanya maajun sebab mereka banyak buat kerja fizikal, berjemur, makan segar, tidur awal. Kita sekarang hidup dalam dunia yang serba- serbi cepat, makan depan skrin, tidur lewat, minum kopi lebih dari air putih (alamak, ni saya). Tak peliklah badan kita pening nak ikut rentak. Kalau badan boleh bercakap, mungkin dia akan cakap: “Aku tak perlukan cuti panjang, aku cuma nak kau berhenti sekejap.” Cuba fikir, bila kali terakhir kita tanya diri sendiri, “Badan aku okay ke hari ni?” Mungkin kita rasa kecil soalan tu. Tapi dari situ datangnya keseimbangan. Minum air sebelum haus. Tidur sebelum penat melampau. Cari cahaya sebelum emosi jadi kelam. Dan bila hati mula berat, jangan lupa regangkan mulut. Senyum sikit! Kesihatan bukan hadiah selepas kerja siap. Ia syarat utama supaya kita boleh terus berkhidmat dengan sepenuh jiwa. Kerana bila badan sihat, minda jernih, dan jiwa stabil kerja jadi lebih bermakna, bukan sekadar “siap tugasan,” tapi “siap dengan tenang.” Jadi lepas ni kalau mata berkedip, jangan cepat percaya orang tengah rindu. Mungkin bukan hati yang dirindui tetapi badan yang tengah rindu perhatian kita. Penafian: Artikel ini ditulis untuk tujuan kesedaran dan pendidikan umum sahaja. Ia bukan pengganti nasihat perubatan profesional. Dapatkan pandangan doktor bertauliah jika anda alami simptom berterusan. Dr. Diyana binti Hassim JPA Daily Buzz Unit Komunikasi Korporat Jabatan Perkhidmatan Awam
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy