JPA Daily Buzz - Edisi 35 2025

m/s 1 Edisi 35/ 2025 22 Disember 2025 Dalam dunia yang serba pantas dan mencabar ini, manusia sering terperangkap dalam perlumbaan tanpa henti, mengejar kejayaan, harta dan pengiktirafan. Namun, di sebalik semua itu, seni untuk merasai ketenangan dan kebercukupan semakin pudar. Sedangkan kepuasan sebenar bukan terletak pada banyaknya yang dimiliki, tetapi pada nikmat kesyukuran terhadap apa yang sudah ada . Sifat bersyukur ialah asas kepada rasa cukup. Apabila kita belajar menghargai kebaikan walau dalam kesulitan, hati mula melihat kelimpahan, bukan kekurangan. Firman Allah SWT dalam Surah Ibrahim ayat 7: “Sesungguhnya, jika kamu bersyukur, nescaya Aku akan menambah nikmat-Ku kepada kamu.” Kesyukuran mengajar kita bahawa dalam setiap cabaran, masih ada keindahan, senyuman rakan, bantuan kecil di tempat kerja, atau saat tenang di tengah kesibukan. Ia menjadikan hidup lebih bermakna dan seimbang. Pelaksanaan pelbagai penambahbaikan seperti di bawah SSPA membuka ruang untuk kita menilai semula erti kesyukuran. Kemajuan dalam perkhidmatan awam membawa manfaat besar seperti peningkatan gaji dan kebajikan. Namun, adakalanya kita masih merasa tidak cukup. Mungkin sudah tiba masanya untuk berhenti sejenak dan bertanya: adakah kitamasih tahu bersyukur? Di sebalik setiap cerita, ada sekumpulan jiwa yang bekerja dengan hati. Penggerak Nadi Dr. Diyana Hassim Pencetus Visi Norazizul Seniman Piksel Sabrina Arkitek Buzz Lidyawati Penjaga Buzz Nurfazlina Pemburu Cahaya Syukran Krew Buzz NIKMAT BERSYUKUR: Seni Menemui Kedamaian dan Merasai kebercukupan

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy