JPA Daily Buzz - Edisi 31 2025

m/s 3 Fokusnya ialah: memperkemas struktur dan fungsi organisasi; dan mengoptimumkan penggunaan sumber manusia dalam perkhidmatan awam. Mudahnya: Kita pastikan organisasi sentiasa melaksanakan kerja atau fungsi teras (core business) dan peranan hakiki supaya setiap orang dapat membuat kerja mereka dengan jelas dan betul bagi memenuhi apa yang rakyat perlukan. 2. Semakan Semula Peraturan dan Keistimewaan Peraturan lama yang tidak relevan perlu dikemas kini. SOP yang terlalu panjang perlu dipendekkan. Keistimewaan yang tidak lagi berfungsi perlu disemak. Tujuannya bukan menghukum sesiapa, tetapi: memperkemas urusan; memelihara keadilan; mempercepatkan penyampaian; dan meletakkan fokus semula kepada hasil. Mudahnya: Peraturan perlu menjaga integriti, tetapi jangan sampai membunuh produktiviti. 3. Pengoptimuman Sumber dan Keseronokan Bekerja Organisasi yang efektif ialah organisasi yang seimbang. Pengoptimuman sumber bermaksud: penempatan pegawai tepat pada keperluan; agihan kerja yang seimbang; penggunaan masa dan bajet yang bijaksana; dan kerjasama antara agensi lebih harmoni. Apabila sumber optimum, keseronokan bekerja meningkat secara automatik. Mudahnya: Bila orang buat kerja yang mereka sesuai untuk buat, organisasi lebih efisien dan suasana kerja lebih sihat. Di Sini Letaknya Masa Depan Kita Teras 3 bukan sekadar proses teknikal. Ia merupakan asas sebuah organisasi yang lebih kemas dan lebih responsif dalam memahami denyut nadi rakyat dalam menyampaikan perkhidmatan. Apabila struktur jelas, peraturan relevan dan sumber dioptimumkan: pegawai lebih tenang; kerja lebih teratur; keputusan lebih cepat; dan Rakyat mendapat perkhidmatan yang lebih berkualiti. Pengalaman kecil di mesyuarat itu mengajar saya sesuatu yang besar: Perkhidmatan awam hanya akan kuat jika kita berhenti membanding-bandingkan organisasi mana dan siapa yang paling penting, sebaliknya kita perlu sentiasa pastikan supaya organisasi kita lebih kemas dan tersusun dari aspek strukturnya, fungsinya dan peranan yang betul bagi setiap perjawatan serta mengenal pasti siapa paling tepat untuk melakukan sesuatu tugas. Dengan semangat itu, mari kita terus melangkah ke 2026 dengan organisasi yang lebih dinamik, lebih matang, dan lebih bersedia untuk masa depan. Jom fahami satu teras satu masa. Dr. Diyana binti Hassim Unit Komunikasi Korporat Jabatan Perkhidmatan Awam

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy